Dunia kau kat sana, dunia aku kat sini…

nak update pasal filem chow kit ni ha.
lama dah kot aku gi nonton.
masa bebaru keluar di pawagam.
pawagam kata kau. bahasa baku sangat.
sebab utama nak nonton pastilah kerana beto kusyairy ku sayang.
kenapa lah dia ni menterujakan sangat eh?
kalau la aku jumpa dia depan-depan sesilap histeria kot.
harap-harap satu hari dapat lah jumpa dia.
amin amin amin.
ok kita teruskan.
nama filem pun chow kit kan.
harus kejadian pun berlaku di chow kit.
takkan kat taman dato harun petaling jaya pula.
masa nonton baru aku tau dia terbahagi kepada 2 kisah.
kisah pertama pasal bebudak kecik yang mak apaknya penagih dadah dan pelacur.
memula aku ingatkan cam bebudak ni besar jadi salah satu watak nya bila besar ialah beto.
rupanya tidak.
2 kisah yang berlainan, tapi berlaku pada masa yang sama di chow kit.
begitulah.
Tapi terdapat satu watak iaitu lelaki yang merogol budak perempuan dalam kisah pertama sebagai penyambung di antara kisah pertama dengan kisah kedua.
yang bawak watak pelacur 2 orang salah sorang tu ialah lana nordin.
kau tau la kan macam mana rupa paras dan body dia.
manjang kamera fokus kat tetek dia.
dan oh yer, kalau kau jenis tak tahan dengan makian, kau jangan nonton cerita ni eh.
sebab skrip penuh kelucahan dan maki hamun.
seperti babi, sial dan tetek yang diucap berulangkali.
dan juga scene-scene di ranjang pun banyak juga.
tu pun aku rasa banyak yang dah kena potong sebab bila dah habis cerita kan, dia ulang tayang balik scene yang takde dalam filem.
tidak sesuai ditonton oleh pasangan kekasih.
pasangan suami isteri digalakkan #eh
suka tengok budak-budak ni berlakon kat cerita pertama.
sorang tu perempuan, kena rogol dengan lelaki yang selalu melanggan mak dia.
real kot jantan tu rogol. seram haku.
pastu tilam berdarah, pecah dara budak tu.
serius kesian.
kisah kedua plak pasal sorang laki cina ni dulu dia samseng.
pastu cam dah insaf gitu la.
tapi kena buat job terakhir sebab kawannya si beto nak pakai duit.
gitulah.
kisah kedua ni pun ada scene rogol.
dan scene bersenggama di dalam toilet.
gila ah si dira abu zahar ni berlakon.
berdiri plak bulu roma aku tengok dorang main dalam jamban.
heh.
itu je la kot.
sekian terima kasih.

8 thoughts on “Dunia kau kat sana, dunia aku kat sini…

  1. tak tgk lagi
    aritu rse kuar astro 1st pn xsempat beli
    da agak ko tgk cerita ni sbb beto..hahaa mmg peminat setia ni ye

Comments are closed.