Akak dah tua dik…

ni cerita lama. cerita sebelum aku gi ho chi minh hari tu.
tapi takpela, aku campur adukkan dengan kisah hari isnin hari tu.
sebelum gi ho chi minh memang nak gunting rambut.
pusing pusing kat rampai biz park cari saloon.
aku memang takde specific la saloon mana yang aku suka pegi.
yang selalu pegi kat sri rampai sana tu.
tapi situ masalahnya payah nak cari parking.
itu la masalahnya.
pusing punya pusing nampak la ini saloon bertajuk ProTouch.
tak fikir panjang masuk je la.
budak yang layan aku tu namanya shiera.
bapak hoihh cantiknya.
ada iras-iras muka jue aziz.
aku dok fikir kau cecantik ni dik pegi la kerja model ke, pramugari ke, kerani ke (motip kerani?)
tapi mungkin minat dia dalam bidang rambut merambuti ni kan.
jadi janganlah kita mengongkong beliau.
dia pun gunting rambut aku.
semasa menggunting dia dok promote lah kata sekarang ada promosi.
shampoo, conditioner dan hair tonic cuma RM78 sahaja.
kalau takde promosi, RM30 shampoo, RM42 conditioner, RM68 hair tonic.
haruslah aku memalas.
dah la rambut aku pendek.
pakai tudung pulak.
koser la kan nak beria ria jaga rambut.
tapi dia punya pujuk tu, bukan memaksa tau.
very the lemah lembut sehingga aku pun tergoda.
ni aku yang perempuan.
kalau dia pujuk lelaki, taktau la aku. memang laku berbotol botol kot produk dia.
aku cakap la dengan dia.
akak pakai tudung. rambut pendek.
dah tua plak tu.
dia kata eh mana ada tua kak.
rambut akak kasar ni.
lepas tu dah banyak gugur.
tengok tengah tengah dah botak.
bila dia cakap botak tu terus #sentaphatimaknak
aku pun ada duit lebih sikit masa tu, kata ok la dik akak amik.
tapi memang ada betoi kata-kata beliau.
lepas pakai tu memang lembut je rambut haku.
ke itu sekadar illusi optik sebab dah beli memahal?
hair tonic tu pun bagus.
macam eh eh sekejapan rambut aku dah panjang.
walaupun rambut aku ni memang pesyen cepat panjang.
ok sekali lagi illusi optik.

: : ni kot kalau korang nak pegi. amik alamat ni (nampak kew pun?) : :
ok hari isnin lepas aku MC kan.
lepas gi klinik jumpa doktor amik ubat, aku gi kat sri rampai sana.
tapi alah lupa plak nama saloon yang aku selalu pegi tu.
kebetulan ada parking, so kasi masuk dan terus zass gunting rambut.
terus aku suruh dia kasik zass macam gambar dibawah.
bila balik tu encik z panggil aku GI Jane.
pastu pepagi besok nak bangun pergi kerja, dia panggil aku ‘hey good morning man!’
!@#$%&_&$#$^&))&$^&*(
dulu waktu tak pakai tudung pun aku pemalas lipas nak jaga rambut panjang.
ini piula dah bertudung.
kalau pepagi nak basuh rambut, nak tunggu kering lagi.
serius aku memang tokseyy.
so rambut pendek senang!
tapi taktau lah kot di masa depan nak rambut panjang balik kan.
only God knows……

14 thoughts on “Akak dah tua dik…

  1. hamboih x teragak2 stail heroin harry potter gitu
    eh murah la kak 3 ketol tu baru 78
    rambut kurang gugur x? nak kem tlg beli lah nnti

    • itu harga promosi uolls. kalau tak promosi, hair tonic tu saja RM68. pengsan.

  2. sy pnh potong rambut mcm ni, tp lebih pada Fantasia Barrino. takleh geleng2 sgt kepala, rasa otak berkocak. tssskkkkkk

  3. fuh..btol2 pendek tu…hehehe..saya x potong rambung..mmg nk simpan panjang…tp tetiap malam kene cuci rambut la..huhu..syampu ngan conditioner tahan sebetol seminggu je..

    • nak simpan panjang tu akak rasa hazabnya la haihh..
      tambah2 dah sentuh leher tapi takleh ikat. hazab hazab..

    • shira, kalau nampak mamat kurus2 rambut pacak, pakai id B** awk cecepat lari tau.
      kalau tak sempat lari, sila sembur pepper spray ke matanya.
      awk takleh kawan dgn dia, nanti awak rimas.

Comments are closed.