Mekong Tour

pepagi bangun. yusop sontorian tu datang amik kitorang kat rumah intan.
drop intan kat office. pastu terus menuju ke sungai mekong sana.
dalam perjalanan dia stop kat masjid al rahim.
motif stop wopucitau.
tapi pastu dia offer tanya nak try tak makan roti vietnam.
halal sebab ada telur atau sardin jer.
ernie makan panas-panas tapi aku makan lambat so dah sejuk sikit.
bagi aku cam so so je kot rasanya.
harga 10,000VND.

: : pakaian orang yang menjual kurang meyakinkan. heh : :
perjalanan ke sungai mekong lebih kurang 2 jam rasanya.
tertidur tidur gak la aku.

: : kat jeti. sebelum naik bot : :
mood sebenarnya cam dah kureng masa ni sebab ye la dah tau dah dikencing kan.
tapi what to do, redah gak la.

: : bot besar tapi kita kita je yang naik. lagi la takut : :
dalam 15 minit camtu kot dah sampai diseberang.
tu yang belah kanan pegang beg pink ernie tu lah drivernya, mohamad foizal.
sibuk enterframe.
paperbag yang aku pegang tu ialah bekalan bihun yang dibekalkan oleh si intan.
sebab takut kelaparan, mana nak cari makanan halal tetengah pulau tu.
ada orang tengah bagi penerangan pasal lebah.
tumpang sekaki la dengar.
aku bukan buat sign fuc* ek. walaupun nampak cam fuc* kan? no no no.
tu jari telunjuk aku tu. harap maklum.
kalau kata aku nak buat fuc* pun, aku buat kat si *** sorang jer.
dah dia kata nak konsentret kat musuh sekoq iaitu aku la kan.
makanya, fuc* to u ***! astaga…
lepas tu kami dipersilakan duduk untuk merasa minum madu lebah.
dan pelbagai jenis keropok kerepek seperti di dalam gambar.
ini royal jelly. bapak mahal hoihh sebotol kecik tu. koserr aku nak beli.
katanya bagus untuk menjaga kecantikan dan kesihatan diri.
tu dia sapu sikit kat tangan aku. agak melekit.
patut disapu di kulit muka, menjadikan kulit muka awet muda gitu. katanyaa…
lepas tu dibawa ke tempat pemprosesan coconut candy.
sila rujuk gambar dibawah.
banyak gak aku beli. so sesapa kengkawan office yang nak merasa, meh datang 8B meh.
lepas tu duduk lagi dan kali ni dipersilakan makan buah-buahan.
ada nanas, nangka, jambu air, buah naga dan mempelam.
meja sebelah ada tembikai dengan durian ok. meja kitorang takde. tsktsktksktkssk..
sesambil makan buah-buahan, kami dihiburkan dengan persembahan nyanyian dari cikaro vietnam.
ada 4,5 buah lagu gak diorang nyanyi termasuklah lagu si jantung hati versi melayu.
lawak dengar diorang sebut, tapi sokayyy la. pastu bagi la tips barang seringgit dua ikut ikhlas kau.
kemudian menapak lalu laluan seperti di bawah. menuju ke jetiĀ  untuk naik perahu pulak.
kiri kanan pokok mata kucing. me dont like buah mata kucing.
me only like air mata kucing.
ala tak sempat nak snap gambar kat jeti sebab agak kelam kelibutĀ  naik perahu.
orang lak meramai. laluan sungai kecik ni berlanggar langgar la dengan perahu lain.
tapi aku tak heran sangat sebab dah pernah rasa dulu masa kat floating market bangkok.
sungai ni laluan komunis dulu kala mengikut kata si yusop sontorian itu.

: : nie je la sekeping gambar atas perahu : :
dari perahu kecik tu tup tup terus dah sampai kat depan bot.
apakah? aku memang dah bajet satu hari suntuk kot.
pentipu sangat ok.

: : atas bot ada air kelapa madu fresh. nyaman : :

: : sepatutnya mekong tour cenggini. dari satu pulau ke satu pulau! : :
pukul 1 tengah hari camtu dah habis dah tour.
dan terus menuju balik ke ho chi minh. (^&@*@)*@^&!)_#*@*)@_)

4 thoughts on “Mekong Tour

    • dulu masa dia nak concentrate kat aku sorang kan.
      la ni beberapa orang lak concentrate kat dia.
      dunia ni bulat wey. bukan setiap masa kau kat atas.

Comments are closed.