Demam

Sorry takde update semalam.
Aku MC la.
Hari Khamis pagi aku kena bertugas stand by kat Sasana Kijang.
Punya la sejuk aircond dalam meeting room sampai terbersin bersin haku.
Petang masuk office dah mula rasa hidung tersumbat, tekak sakit dan batuk-batuk.
Jumaat pagi tu pakej sekali dengan migraine sebelah kanan membawa sampai sakit gigi.
Terus decide amik MC la.
Aku saspek sebab kesejukan terlampau kat Sasana.
Tapi seriously tak larat nak bangun.
2,3 kali terlelap. Last-last tunggu Encik Z balik gak lalu ke klinik.
Ubat doktor bagi semua sebesar penumbuk (ok tipu)
Tapi memang besar la. Kalau tercekik kat tembolok mau meninggal dunia terus.
Tapi aku makan gak la.
Ubat selsema dengan ubat batuk buat aku jadi ting tong.
Terus tidur sampai pagi ni ha.
Pagi ni pun lepas telan ubat pukul 11 pagi camtu tertidur balik.
Berapa persen dadah ada dalam ubat ni ntah. Scary.
Broadband YES aku dah jahanam. Taktau la network ke, atau broadband atau apa.
Cucuk tang sini kenot, cucuk tang sana kenot.
Last last aku guna sim card handphone aku yang pun macam jahanam.
Sekejap sekejap disconnect. Bikin panas betul.
Nantilah kalau rajin dan talian internet mengizinkan aku update lagi.
Ok tata.

5 thoughts on “Demam

Comments are closed.