Cerita Sedih Di Ho Chi Minh City

nampak gayanya aku up cerita ho chi minh dulu la ni dari cerita cambodia.
boleh kan korang?
sebab aku gi ho chi minh ni bawak satu kamera je.
so takde la isu sangat nak tunggu kamera itu, kamera ini nak kumpul gambar.
tambah plak gambar pun rasa takde la banyak sangat.
dan lagi cerita masih fresh dalam kepala, so kita proceed dengan cerita ho chi minh dulu ek?
ok plan nak ke ho chi minh ni agak mengejut la.
dalam masa 3 minggu je kot.
ernie la ni tetiba roger aku ajak pergi.
sementelaah intan pun baru je posting ke sana.
lepas mintak izin encik z semua, begitu begini.
terus proceed beli tiket.
aku beli tiket air asia RM383 return.
all in. bagi aku cam ok la kot. tu yang zasss.
tapi pegi aku tak check in bag. hand luggage je.
punya la tak tengok tarikh, terlepas la family day department aku tu.
sokayy..
flight pukul 7.40 malam. 28 mac 2012.
aku amik half day, dalam pukul 3.30petang encik z hantar kat kl sentral.
amik bas semua. sampai awal la plak.
so lelepak sensorang sementara tunggu ernie & nur’ain sampai.
drop bag sebab ernie bawak beg bapak besar hoih.
aterrr.. intan ada kirim barang, pastu dengan barang-barang nur ain lagi.
dah elok masuk semua. cam ada isu sikit dalam flight.
tetiba masuk staff semua dok cek infant.
tapi tidak plak dibagitau kenapa.
takkan ada baby hilang kot? heh.
dan akhirnya kami selamat terbang dalam jam 8.15 malam camtu.
dalam itinerary kata amik masa 1 jam 50 minit.
tapi aku rasa tak sampai kot.
dalam 1 jam 20 minit rasa dah cecah ho chi minh.
tourist guide yang bernama yusof dah tunggu kat airport.
cerita sedih yang aku maksudkan adalah kisah tourist guide ni la.
ok jap, habiskan dulu cerita ni.
naik cab terus menuju ke rumah intan yang terletaknya di district 7.
sampai rumah, intan jamu makan nasi.
pastu mandi-mandi terus kababom tidur.
esok pagi tu dah ada agenda kena bangun awal.
tu yang better tidur je lah.
ok kisah sedih nya begini.
nak guna perkataan sedih tu cam tak berapa sesuai plak.
kisah hawau la kot eh? hawau plak sudahnya. ah wareva.
nombor telefon yusof ni si jocko yang bagi.
mandangkan dia muslim dan boleh plak cakap melayu, tu yang aku cam ok.
terus bagitau intan dan mintak tolong intan deal kan.
ikut perjanjian awalnya ialah 30USD per person untuk airport transfer, mekong tour, chu chi tunnel & bawak ke 4 tempat menarik kat ho chi minh.
memang dah explain la dari awal kata aku dengan ernie berdua je with baby kecik yang tak dicaj pun.
ingat kot dia paham.
tapi rupanya nak mengencing kami.
aku dengan intan saspek fikiran dia berubah lepas tengok rumah intan & dapat tau intan kerja kat konsulat.
bak kata intan, apa dia ingat semua yang kerja konsulat ni kaya ke?
ada masa sesakkk derrrr…
tu kitorang speku laaa.
dia bagitau kat intan keesokan harinya waktu drop intan kat office.
sebelum aku dengan ernie pergi mekong tour.
dia kata dia caj 65USD per day. kalau convert lebih kurang RM200 sehari.
kitorang nak guna kan khidmat dia 2 hari. jadi RM400 la maknanya?
crazy weh!!
dia kata kalau ikutkan sewa van ni 100USD sehari.
yer la tu sewa van kot. kalau kata kitorang ni 5-6 orang logik la 100USD bahagi 6.
ini kami berdua je! dan dah pun diinform awal-awal apa.
intan bertekak gak la kata janji lain. ni dah lain.
dah la asyik dok cakap ‘saya tolong tolong jer’
tolong kepala J*** dia. intan kata la ni. aku baik. aku tak mencarut. haha.
tapi nak buat cemana sebab masa tu kitorang dah dalam van pun.
intan call aku bagitau masa perjalanan.
intan tak bagi aku cakap banyak sebab si yusof ni paham bahasa melayu kan.
sat gi kang dia tinggalkan aku dengan ernie tetengah jalan tak ke naya.
ok sebelum tu aku dah bengang masa yang dia amik kat airport tu.
bukan dia amik naik kereta or van ke.
tapi amik naik teksi ok. teksi. apakah?
kalau takat naik teksi baik kau takyah tunggu.
baik aku tahan teksi, tunjuk alamat intan. kira pegi sendiri la.
pftttt…
pastu mekong tour tu. dah bagitau kot aku nak yang 1 day tour.
instead of 1 day tour. dia bawak 2 hour tour je ok.
mintak aku bayar lak tu masa tu. 300,000.00DONG.
lebih kurang RM44 gitu. so satu kepala dalam RM22.
walhal aku baca kat blog masviona, dia gi mekong tour ni satu hari suntuk cuma USD7 jer sama dengan RM21 tapi satu hari suntuk punya tour.
aku punya 2 jam ok! 2 jam! hawau tak hawau nya.
balik dari mekong tour tu, intan dah call suruh si yusof ni bawak pegi tempat-tempat lain.
ok dibawaknya ke the war museum tu. tapi tu pun drivernya yang bernama mohamad foizal tu taktau jalan.
dok la stop tepi jalan tanya-tanya orang.
heyyy kau ni tour guide ke hapa sebenarnya sampai ke war museum yang femes ames kat ho chi minh tu pun kau taktau?
pastu gi post office. pastu dia paksa gi saigon square shopping.
&@()@*&!_#&^!^!(!+_!_
malas nak argue sangat dah, balik tu sampai rumah suruh husband intan, azam tunggu kat luar.
kot la tetiba ada adegan gaduh ke hapa kan.
aku bayau je USD65 tu dengan makian di dalam hati.
tak ke mana hidup kau yusof oii menipu cenggini.
ingat kot sesama muslim boleh percaya, rupanya……
aku takde amik gambar yusof ni berdepan.
satu ni je la ada.
tu pun dari belakang. dengan van 100USD dia tu. heh.
so korang kalau nak gi ho chi minh tetiba kena deal dengan manusia bernama yusof nombor telefon +841698923115 just berhati hati lah yer.
bukan la aku nak rosakkan bisnes dia ke hapa.
kot korang boleh dapat deal baik punya, rezeki korang la kan.
walau begitu, kisah hawau ini tidak menghalang aku untuk bergembira di ho chi minh.
tunggu next next entry ya!!

37 thoughts on “Cerita Sedih Di Ho Chi Minh City

  1. hok aloh..seb baik yusof, kalau joseph ke, dah lama kena carut ni..e’eh, saya plak terlebih marah..sabo ye maya..

  2. takpe pengalaman berharga.. lepas ni nk deal.. better ko soh org di negara tu yg carikan.. contohnye intan sendiri
    anyway.. cpt next entry hehehee

  3. kalo kita yg membajet ketat time travel ni, mau dh pening pikir nak bayar cmne hehe

    ho chi minh dulu pon xpe la..janji cambodia jgn lupa terus ok 😀

    • tu la. mau mintak hutang dulu la kot. kok yer. heh.
      yer yer entry cambodia ada. cepat atau lambat pasti ada.
      tungguuu…

  4. dengan soh tunjuk jalan.. konon2 tak tau.. balik tu leh lakkk ko corner jauh.. leh plak tetibe tukang bwk van tu setaman ngn aku.. eiiii…. panassssss….

    ok2 ok2 ok2.. oklah tu.. eiiii… menyirappp.. terus aku banned die ni! konon yusof pahang.. dok pahang bape tahun da ngaku org pahang… biasalah.. org2 kat sini kalu ckp die org Msia bangga giler.. padahal ckp melayu ntah pape.. sekian…

    besok aku makan ROTI yg erni idam2 kan tu.. bwk balik kasi anak2 kegembiraan bdk2 tu wei… haahahahha

    • yg waktu balik tu memang double hawau.
      dan dan duduk dekat rumah kau kan. wtf??

      ernie terbayang la kot roti tu.
      aku biasa2 jer. mikio sakit hati punya pasal ehe..

  5. Sib baik Maya up entry nih, sebab akupun nak pi situ nanti.. hmm akan ku sematkan nama Yusof dengan no van nya tuh di dalam hati ku ketat-ketat !

    • akak kalau gi amik pakej kat travel agent yang biasa je.
      yang ada black n white bagi resit semua.
      janji mulut ceni semua takleh pakai la kak..

    • walhal kitorang tak tunjuk pun.
      dah memang dia kena hantar bebetul depan rumah intan.
      dah rumah intan tu besau. nak buat cemana kan. huh.

Comments are closed.