Ben Than, Taka & Night Market

van drop kan kitorang somewhere kat town gak la tapi tak sure kat mana.
tahan teksi, tunjuk address kat driver dan terus dihantar kami ke rumah intan.
oh suka diingatkan korang kalau nak naik teksi kat ho chi minh ni kalau boleh naik vinasun. sebab dijamin oleh lever brothers.
yang lain tu takut menipu jer.

: : ini teksi : :
molek sampai rumah intan pun dah ada.
intan amik half day sebab nak bawak kitorang shopping.
baik kan dia?

: : budak comel main main dengan tudung omak nya : :
lepas ernie tidurkan nur’ain, kami pun gerak gerak khas.
terus ke ben thanh market.
kain pasang dah melambai lambai aku ni.
kitorang shopping kat 2 kedai ni je.
sebab cam terpikat kain-kain kat situ.
cam tak de point dah la nak tengok kat kedai lain.
pastu dapat plak tawar menawar dengan hebat.
so zass..
aku beli 3 pasang kot rasanya.
cotton & vietnam silk.

: : memperkenalkan, intan! yang tetengah tu dah kenal la kan. ernie zuraida abdul 😀 : :
usai pembelian kat ben thanh market, kitorang ke taka plaza.
menapak je. nak kata dekat sangat pun tidak, jauh sangat pun tidak.
tapi mungkin sebab dah nama nak shopping yang jauh pun jadi dekat. hiks.

: : kat sini aku beli telekung 2 pasang untuk mama & MIL. dan beli lagi sepasang vietnam silk : :

: : kat sini plak ernie nak beli beg deuter.tak pasal aku terrrrrrbeli jugak. tapi ingat nak let go la. sapa nak? warna merah depan aku tu : :
selesai kat taka plaza, menapak ke night market plak.
tapi menurut intan, barang kat night market ni boleh tahan mencekik gak.
kat ben thanh lagi murah.
mungkin siang siang mereka baik.
malam malam mereka menjahat.

: : beli fridge magnet : :

: : beli kipas tangan : :

: : tetengah jalan pose. kena sauk dengan motor baru ada akai : :
jalan lagi dan lagi.
nampak orang jual kopi.
terus cam terjerit. eh nak beli kopi!
sebab sebelum tu memang aku dah cakap dengan intan nak beli kopi.
si masy kirim.
oleh sebab terleka shopping kain, tu yang terlupa.
tapi tu la sebab menggelupur nau nak membeli.
langsung tak double check harga.
last last kena kelepet.
kopi yang patutnya harga dalam RM8 jer terjadi RM15.
sadissssssssss…
dah la aku beli berkotak-kotak.
sapa pencinta kopi? meh la beli dari aku.
kopi terbaik vietnam ni tau.
tak caya tanya masy. tanya intan. kan korang?

: : renyih la renyih. sebab taktau kena kelepet. heh : :

: : tipu tipu tipu : :
tahan cab lalu piulang ke rumah intan.
sekian.

8 thoughts on “Ben Than, Taka & Night Market

  1. sedap wooooo.. klu x sedap xkan sy masih teringat2 akan kesedapan beliau wpon hampir setahun meninggalkan vietnam hehehhehe

    mekasih kakak 🙂

    • bau bijik kopi boleh buat ketagih kan?
      sesama kasih. lenkali awk gi hcm akak nak kirim kain lak hehe..

Comments are closed.