Sessi Bersama Pranita

hari ahad hari tu aku keluar dengan kaktin.
bukan kaktin berseorangan. dengan semua pranita kaktin.
plan asalnya nak ke kidzania.
tapi sebab dah macam lewat dan tiket online pun dah yilek, so plan bertukar divert terus ke midvalley.
bawak pranita main kat megakidz funland & edutainment.
: : macam nak pergi berperang : :
alah bayaran masuk lupa. takpe nanti korang tengok kat blog kaktin.
boleh masuk 2 orang dewasa free.
molek benau lah tu.

: : tangan tang teng takde. dia merajuk masa ni : :

: : wajib pakai stokin. kalau takde kena beli. RM6 sepasang. stokin tang teng takdak sebab masih merajuk : :

: : sesambil pranita bermain, kami emak emak bergossipan. walhal satu office ni kan. tak puas puas nak bergossipan : :
lama jugak rasanya kitorang lepak dalam ni.
santak membawa ke 3 jam kot.
puaslah pranita berlarian berkejaran ke sana ke mari.
: : ni dah nak balik dah. tu tang teng merajuk terduduk atas lantai : :

: : singgah mcdonalds makan ice cream : :
masa balik tetiba pranita kata ada cicak kat tingkap kereta belakang.
tapi bukan dema yang menjerit. aku yang dok terlompat lompat.
ntah ntah depa pun terkejut kot tengok auntie sopi meroyan macam orang gila.
mak geli dengan cicak nyah.
tapi berjaya dikuis dengan payung oleh kaktin.
kaktin memang wanita perkasa.
kak, esok esok kalau kau nak berdating dengan encik nahar, nak campak pranita kat aku, ok jer.
walaupun anak aku seorang jauh di mata, tapi aku masih punya nurani dan naluri seorang ibu yang suka pada anak-anak kecil.
takde nya la haih aku nak gelak sorakkan orang yang pegi hantar bekal kat sekolah anak dia masa lunch time.
motip la sangat nak buat begitu. heh.

20 thoughts on “Sessi Bersama Pranita

    • akak punya style memang camni rai.
      suka bagi sipi sipi. kalau bagi direct tak careeeeee…

      aah kan awat takde tindakbalas?
      takut kewww *hantu dalam botol kicap

  1. aku tak paham tangteng tu.
    umoq dah pat taun, tapi pangai…aiyookkk
    gamak anak bongsu kot no…layankan jerla

    • aha la kak. dia tak macam umur 4 tahun.
      macam 2 tahun je aku nengok.
      takpe la, sementara nak membesau. layankan ajer..

  2. sebelum orang kata meh aku kata….
    “kera di hutan disusukan, anak sendiri mata kelaparan….”

    haaaaaaaaaaa aku tauuu orang akan cakap macam tuuu! kasi lempang dulu sedasss

  3. ooo pandai ko yek
    anak yg bebesau dah pandai berlari ko nak jaga

    anak aku yg baby tu ko tak nak jaga yekkkkkk

    • KAKRED : errrr.. errr… baby sangat ku tak berani lorrr.. haluihhhh.. ehee..

      AMY : menarik gak idea tu kan.. tehtehtehteh…

    • akak penyayang pada budak2 yang behave.
      yang menakal melompat kurang ajar memang akak tak kuasa eh..

Comments are closed.