Karma is a Bitch yo!

amboii tajuk. macam hip hop ya aww aww.
ok kita terus pada isi entry yang lebih serius.

korang percaya tak pada karma?
taktau apa itu karma? ni aku copy paste dari wikipedia.

Menurut ajaran Buddha, undang-undang karma, menyatakan: `bagi setiap peristiwa yang berlaku, akan disusuli oleh peristiwa yang lain yang berlaku akibat peristiwa pertama, dan peristiwa kedua ini akan membawa nikmat atau sebaliknya bergantung kepada kepada sebab musabab peristiwa pertama.’ Sekiranya peristiwa pertama berlaku bukan disebabkan nafsu, kerakusan dan sifat-sifat yang buruk maka pembuatnya akan mendapat kenikmatan dan kebahagiaan. Manakala jika peristiwa pertama adalah disebabkan nafsu dan segala sifat yang buruk, maka pembuatnya akan menerima padah.

Menurut Chandogya Upanishad salah satu kitab di dalam agama Hindu, doktrin karma menyebut bahawa mereka yang bersifat terpuji akan dimasukkan kedalam rahim baik kaum Brahmin, Kshatriya, atau Vaisya; tetapi mereka yang bersifat tercela akan masuk ke dalam rahim busuk seekor anjing, khizir atau pariah. <<– menakotkannn….

Dengan kata lain, setiap manusia harus bertanggungjawab atas segala yang dilakukan dan akan menerima balasannya yang setimpal.

aku pernah gak la tweet pasal ni. tapi ada member sound aku.
katanya tak boleh percaya karma bagai ni. takut mencalar iman.
insyaAllah. tak akan tersasar keimanan aku.
sebab aku ambil benda ni sebagai macam putaran hidup.
kalau kau buat baik, InsyaAllah akan dapat balasan baik.
walaupun bukan dengan orang yang kau buat baik tu.

kalau kau buat jahat dengan orang pulak, mungkin bukan orang tu yang membalas.
tapi kau kena dengan orang lain plak.
senang kata, what you give you get back la gitu.
paham kan? tak perlu kot aku bagi contoh.

dulu-dulu aku pun cam ada berkira kira jugak bab bab gini.
cam malas nak tolong orang. cam malas nak baik-baik dengan orang.
sebab dah pernah kena kot. bunga yang kutabur, racun yang kuterima. amboii bermadah.
lepas lepas tu aku dah cam malas ah nak baik baik sangat.
sampai la semenjak dua menjak ni banyakkkkk sangat tohmahan dan cacian yang pernah dilempar pada aku, dibalikkan pada orang yang melemparkan cacian itu.

tapi alhamdulillah la kot aku takde plak terasa cam nak padan kan muka kau ke apa.
aku lebih rasa cam besarnya kekuasaan Dia untuk membalikkan hati manusia.
dan aku bersyukur dengan apa yang terjadi. sebab aku percaya semua yang terjadi ada hikmahnya.
dan kesabaran serta penantian aku selama ini berbaloi.

secara jujur aku ni jarang nak blog kan benda yang takde kena mengena dengan aku.
nak sentap-sentap bagi pihak orang.
kalau ada kena mengena sikit pasal kawan-kawan aku, ada la gak aku blog kan.
tapi jarang kot. kalau ada pun cuma dengan sebaris ayat, bukan satu entry panjang lebar!

aku pernah la dikata oleh seseorang. katanya aku ni gedik semacam. walaupun sudah berlaki.
tup tup nak jadi cerita, aku tengah jalan belakang dia.
dia plak tengah jalan beriringan dengan kawan lelaki dia.
oh btw, dia ni bini orang jugak yer.

elok aku dengar dia dok bergelak ketawa kah kah kah kah sambil tangan dok pukul pukul bahu dengan lengan kawan lelaki dia.
terdetik la jugak kat hati aku ‘amboiii kemain dulu kau mengata aku gedik siap belakang ayat tu kau kahkahkah kan, sekarang tengok siapa gedikkkk’
bagi aku tu kira karma la tu.
kau mengata aku baikkkk punya, tapi ujung-ujung kau yang bertitle bini orang pun gedik jugak. acaner?

ok tu satu.
pastu ishh banyak lagi la sebenarnya.
tapi gitula point aku.
kita ni kalau berbahasa basi, jangan terlebih baik dan terlebih jahat.
nanti benda pusing-pusing patah balik kena kat kita.
lambat atau cepat ja. dan bagaimana benda tu akan jadi.
belit belit ayat aku kan.

contoh (eh tadi kata takpayah contoh? kah)
kalau kau rasa kau ni sangat vokal (bukan vokal sekadar rupa tu), kau la paling lantang bersuara, paling berani berkata-kata, paling terbaik, paling terhebat. sampai semorang kau nak kuda-kudakan, tapi kau kena ingat di satu hari yang permai, buku akan bertemu ruas.

dan masa itu sudah tiba, bebeh!!!

dan sekali lagi no no no no. aku bukan nak padankan muka atau gelak guling guling ke apa.
aku cuma pelik la cerita yang dah bertahun-tahun pun tak sudah-sudah dok dijaja.
satu masa dulu aku yang dituduh ‘menyalak-nyalak’ menjaja cerita.
tapi sekarang tengok sapa yang ‘menyalak’ sebenarnya.

secara jujurnya, aku taktau nak ketawa atau nak sedih.
dan secara jujurnya juga, aku tak pernah sangka ‘kisah kita’ akan menjadi se ‘karma’ ini.

14 thoughts on “Karma is a Bitch yo!

  1. ujung2…. kita berdoa jer lah agar diberi petunjuk yg sebenarnya….. amin….. dan anggap ini sebagai (G) eh tiber2 jer….

  2. i believe in karma.
    bukan nak mengata, jauh sekali nak mendoakan.
    cuma..yelah semua tu berbalik pada Yang Esa..kerja DIA kan 🙂

  3. saya setuju statement ini (Y) letih dah nak memadankan muka pada sesiapa, biar Allah sahaja yg membalas 🙂

Comments are closed.