Jem Secara Hebat & Say No to EQ

besoknya. jom siap!
plan mau pergi ke boh centre sana.
konon nak keluar awal pagi.
tapi pukul 11 pagi camtu baru la hegeh-hegeh kot semua orang termasuk aku.
sebelum tu layan bebudak main kat playground dulu.
playground depan resort sajork.
dah siap siap semua baru gerak.
naik 2 kereta jer. kereta aku dengan kereta abang long.
adil & yana naik sekali.
bagus. boleh tolong layan budak 2 orang ni.
nampak muka caca cebik tu?
sebab terperangkap dalam jem bapak lama hoihh.
dari simpang strawberry park tu nak ke boh centre, aku ingat mau dekat sejam kot.
dan yang paling menyedihkan, baru 2 minit naik ke boh centre tu, dah disuruh patah balik.
sebab jem tak hengattt punya.
orang tu kata mau 2 jam lagi kot nak sampai atas.
siapa yang biasa pergi sana tau la, jalan naik tu kan kecik.
ajer gila nak teruskan.
mau terjun gaung nanti.
so patah balik ler kita 🙁
turun je dari situ dah takde arah tujuan.
stop kat EQ strawberry ni, konon nak petik strawberry la.
tapi….
ada ke patut dia bagi sesiap bekas untuk letak strawberry tu?
patutnya kan kena bagi bakul.
kira lepas petik tu masuk bakul, pastu baru diorang transfer dalam bekas kan?
ini tidak.
siap dia kata senang, boleh terus susun dalam tu.
aku cakap la yang nak petik ni budak umur 5 dengan 8 tahun.
cina tu dok kata senang senang.
senang kepala hangguk kau. kalau tergolek buah strawberrynya, cena?
kau yang pemalas nak susun kan??
terus aku ajak semua blah. huh.

: : say NO! to EQ strawberry : :

: : berkerut muka baca map : :
ok next ke mana kah pula?
TBC…

8 thoughts on “Jem Secara Hebat & Say No to EQ

  1. maya ko punyer kerut last pic tuh..betui2 aku teringat erni…gitu ler erni kalau kerut muka….sama sebijik memek muka korang..hahahahaha 😀

Comments are closed.