Ini Semua Rezeki

ni status aku update semalam.
actually kata-kata ni aku amik dari twitter masy.
tapi dah mintak izin mohon share di facebook yer.
so tiada istilah pentiru status. (H)
takde la pun orang menghanjeng aku secara hebat pasal belum pregnant kali ke 2 ni.
tapi yang tanya hint hint tu ada la.
apa yang nak dihint sangat pun aku tak paham.
kalau dah tak pregnant lagi tu, maknanya belum ada rezeki la kan?
tanya sekali aku paham, 2 kali pun aku paham.
tapi kalau dah sampai lapanploh kali kau tanya bila nak mengandung, bila nak mengandung.
harus la aku cam apakah…
seperti status di atas.
kurniaan anak ni semua adalah rezeki.
bukan semorang dapat seperti apa yang dirancang.
nak anak 4 orang. 2 lelaki 2 perempuan.
yang betul dapat seperti dirancangkan tu, syukur alhamdulillah lah.
rezeki hangpa.
kalau tak dapat, nak buat apa?
nak mengamuk kat sapa?
redha lah. dah bukan rezeki.
dah takde rezeki.
yer aku memang nak anak.
encik z pun nak anak.
tapi belum ada rezeki.
paham?
dan kalau kata memang bukan rezeki kami laki bini nak menimang cahayamata bersama, insyaAllah aku redha dan terima ini sebagai salah satu ujian dalam hidup kami.
so orang lain tak perlu lah concern terlebih.
rimas kot.
dan lagi satu.
pada yang tak tau dan yang terlupa.
aku dah ada anak yer.

23 thoughts on “Ini Semua Rezeki

    • itu la, rezeki semua kan di tangan Dia.
      bukan kita boleh rancang pun benda2 ceni

  1. sy dah lalui ape yg awk lalui…just be strong k beb…..yg penting sokongan kuat dr encik Z….

  2. tak kawin..sibok tanya bila nak kawin
    dah kawin..sibok tanya bila nak ada anak
    dah ada anak..sibok tanya bila nak tambah anak lagi
    bila dah ramai anak..sibok cakap belakang “eh eh si polan tu mengandung lagiiii”
    mcm shila*** kan perangai gitu!
    eh hello! ko ingat nak anak macam beli barang ke? mcm order tupperware? (tetiba tupperware jadi mangsa..haha pedulik!)
    itu bukan concern! huh..concern lah sangatttt kan…
    EH KENAPA TETIBA SAYA EMO NI

    takpe kak…abaikan maknosia2 sebegini.

  3. setuju dgn komen kawan sis..pa’e faizah tu.
    org sekeliling ni mmg suka ‘ambik berat’ hal org lain kan.

  4. diorang dengki ler tewww..awak boleh berjalan selalu ber2 kadang ber3, sedang diorang kena angkut 1 MPV…#eh

  5. eloknya org cam yang xbape reti nk jaga hati perasan orang lain yang elok mulutnya…ko jahit sembat jer…..kasi jahit rapat2 sikit..

  6. I suka topik ni!! Now anak dah 2 pun org still tanya.. tak nak tambah ke? Halo!! Aku nak tambah ke tak nak, ko sibuk pesal! Ko ke yg nak bayor makan minum pakai semua? Huh! Topik yg memang sentiasa bikin emo! Sebelum ada anak, memang plan, nak enjoy katak 2 tahun. Alhamdulillah, Allah makbulkan. Tapi dalam masa 2 tahun tuuu… banyak kali la meletop! Antara yg best bom yg gugur, “Nak anak, beranak sendiri la!” Hah! Ambik ko! Terus diam! 😀

  7. serius saya selalu menangis atas ketidaktabahan hati saya bila kawan2 bertanya. sampai saya menangis-nangis depan suami saya.

    saya pilu…sebab berganda-ganda. Apakah mereka tidak punya rasa hati? Bukan saya merancang…bukan. Saya bukan kaya juta2 buat itu ini beli biodex ke apa…

    serius maya,…saya tak tahu…saya sebak. ni leleh2 air mata. agaknya saya demam panas ni sebab tuhan sayangkan saya….

    • sabar ya sayang..
      setiap perkara yang berlaku tu ada hikmahNya.
      kita kena redha..
      and as for now, kita sama-sama berdoa semoga diberikan rezeki ya..

    • Ala Dihah… pedulik kan derang semua. Tambah2 lagi kalau kawan2. Kalo sedara mara tu, ahkak rest my case ler.. huhuhu… Tak yah sedih2. Enjoy aje hidup berdua. Yg kawin, terus ada anak, tak semestinya bahagia. Yg dah kawin lama, tak dapat anak pulak, tak semestinya tak bahagia. Kan setiap ketentuan Allah itu, ada hikmah disebaliknya. Cuma kita ni, manusia biasa, tak mampu merungkai setiap apa yg terjadi. Ahkak doakan Dihah & Maya juga, bahagia hingga ke syurga! Percaya laa… bila lambat dapat anak, kasih sayang suami isteri tu selalunya lebih teguh. Insya-Allah… Tak percaya? Cer selidik & korek2 berapa ramai yg tak ada anak kat bank. Dan dah berapa lama diorang berkahwin 😉

Comments are closed.