Hanya Seminggu

minggu cuti sekolah tu mama & yaya datang KL.
tak banyak aktiviti sebab cuti pun seminggu je kan.
aku pun memang takde plan nak ke mana.
sempat nonton movie. cerita seefood.
cerita animasi hasil anak tempatan.
comel sangat ceritanya.
dan penuh pengajaran. tentang semangat setiakawan.
rasa cam adakah di dunia sebenar, haiwan-haiwan begini mempunyai semangat setiakawan yang begitu kuat sebegini.
kalau ada, alangkah indahnya.
kalau haiwan pun boleh punya sifat semangat setiakawan begini, sepatutnya manusia lebih-lebih lagi lah.
tapi yang membezakan haiwan dengan manusia ni sebab manusia boleh bercakap. dan menaip.
jadi bila nak mengumpat mengata mengeji tu memang senang benar lah kan.
kau ingat kau je dah bosan?
aku ni lagi la bosan kot.
cerita bertahun tahun kau dok pukul canang lagi. apakah.
usai nonton, pergi makan laksa & bihun sup kat tepi jalan wangsa maju.
elok duduk hujan melebat.
sudahnya duduk makan sebelah periuk laksa.
nasib nasib.
selain tu kami ke zoo negara. ke jusco wangsa maju.
dan buat celebrate birthday mama in advanced.
tu nanti entry lain na.
walaupun hanya seminggu, tapi moments yang cukup indah.
aku tukar flexi hour masuk pukul 8 pagi.
tepat pukul 5 petang aku cabut balik.
tapi kan. yang aku amik unpaid leave bulan 12 hari tu lagi moments yang sangat sangat indah.
awal-awal tu dia tidur sendiri dalam bilik dia.
ujung ujung kami tidur sesama.
encik z aku halau tidur kat luar. matikkla.
so takde la kot nak kata aku sayang laki lebih, sayang anak kurang.
kalau yaya ada, memang aku pandang sipi sipi je laki aku tu.
tapi kalau kata aku nak sayang laki lebih pun, hang sakit tang mana ya? yang jadi sakit hati dendam kesumat sampai statement aku yang dah bertahun-tahun pun hang dok ingat lagi?
sedih.
” Kalau nak ikut adaaa ja dia dok kata kat aku wei. Tp takat kata kat aku.. Buleh la pejam2 mata lagi.
Ni sampai kata anak. Kurang ajaq la tu. ada anak ugut mak soh jaga. Mak tak mau jaga kalu, dia nak biaq ja ex laki dia ambik. Pastu dok perli2 org yg dok berkepit dgn anak. Bodoh!”
macam pernah dengar ayat kat atas tu kan.
u know. ai know. sooner or later everyone wil know.
be prepared lady!

 

P/S : tak baik tau panggil orang bodoh. dosa.
nanti anak hang tau macam mana? tak malu?

18 thoughts on “Hanya Seminggu

    • tah nya.
      kalau mak kita tak jaga, mak awak nak tolong jaga ke?
      walaupun bersusun cucu mak awak nak kena jaga kan?
      sadis..

  1. abis smua kene bongkar, nasib ko la labu. Nah abg kasi natang peliharaan sbg cenderamata untuk sang penyibuk dan mulut cibs -> (&)

  2. time cuti sekolah adalah heaven bg nasib cam kita ni kan maya…… aku sayang ko!! eh tiber2 pulak….. nih kira semangat setiakawan la nih…..

    nasib badan la… sendirik buat sendirik tanggung….. so…. be prepared jer lah…

    • ye la.. pastu cuti sekolah pun ada pembahagian gak.
      separuh kita. separuh ex.
      so jangan mekak2 kata kita tak amik anak plak yer.
      sibuk pikir masalah orang, masalah rumahtangga dia dah terselak2 ni takde plak dia nak kisahkan.

      tu la, mengata orang paku serpih.
      bertahun2 mengata aku gitu gini, last2 apa yg dia mengata aku tu, semua pun dia buat sekarang.

    • sebab orang yg kata tu mak dia tak penah jaga anak dia.
      dia jaga dari sebesar lengan katanya.
      ada orang kisah ke pun kan? heh.

Comments are closed.