Bye Bye Cameron Highlands

entry terakhir di cameron highlands.
dari mardi, terus gerak mahu pulang.
tapi stop kejap kat cameron bharat sebab mau cari teh strawberry.
tapi boleh plak dah habis.
ada tu ada tapi kena beli sekali dengan mug.
nak taknak beli jugak la sebab aku mauk mauk sangat teh strawberry tu.
meramai orang kat tempat lepak tu.
ingat nak gak pekena teh barang secawan dua, tapi dah meramai gitu kensel la.
amik gambar sekeping 2, pastu terus gerak.
jalan turun lalu tapah sebab mau singgah rumah auntie salmi di tapah sinun.
jalan agak jem tapi aku tak berapa amik pot sebab lepas tu dah berkeroh tidur.
according to mama, encik z bawak kereta laju giler berdesap desup.
sebab ada kereta yang bawak slow siput babi.
selamat sampai kat tapah, quarters penjara.
auntie salmi, adik mama baru pindah sini satu keluarga.
so alang-alang lalu, menyinggah la pekena nasi.
tapi lupa langsung nak snap gambar.
aku dok bayang, alangkah bestnya kalau encik z kerja ceni.
posting kat mana pun tak kisahlah.
janji aku takyah kerja. dok rumah jadi housewife.
pastu hidup dengan bersederhana. mesti best.
hmmmm…
ok aku tutup kisah cuti cuti cameron highlands di sini.
thanks korang sebab sudi baca.
meh cemolot sikit (K)

12 thoughts on “Bye Bye Cameron Highlands

  1. tak payah jadi fulltime housewife bukan best. letih. tensi. tadak kawan. keja best ada duit buleh pi travel sana sini. i is jeles.

    tengah best baca tetiba ajak cemolot. kahkah. terus saya geli geleman. kahkah

    • huhu ye ke.. so akak kena kerja keras la ni eh untuk meng up kan lagi cuti cuti..
      ok la takyah cemolot. laga pipi ja sudah..

  2. wah, habis sudahlah ya misi jalan2 di cameron highlands hiks. after this you can have trip to many beautiful places!! 😀

Comments are closed.