Agrotechnology Park, MARDI, Cameron Highlands

check out time.
tapi tak terus balik.
kami ke agrotechnology park, mardi.
dekat tanah rata.
ada signboard besar ke mardi, kau follow je.
kat sini serba serbi hasil tanaman mardi ada.
tau mardi tu apa? taktau kalu, sila google.
ada bunga bungaan pelbagai jenis, buah-buahan, sayuran dan tanaman lain.
dikenakan bayaran. ermmm.. RM3 kot tak silap.

: : ni dekat entrance : :

: : bunga merah yang cantik : :

: : daun ala-ala dilitupi salji : :
sibuk la yaya ni nak bergambar suruh snap guna handphone dia.
dah besar kot kan.
pastu gambar wallpaper kat handphone pun dia dah tukar.
dah takde gambar kitorang berdua.
dia letak gambar dengan bunga. tsktsktstsk..
dari 8 hari, dah ke 8 bulan, dan sekarang dah 8 tahun dah.
lagi 10 tahun, dah 18 tahun.
cemana la romannya dia umur 18 tahun ek..

: : bunga kuning : :

: : bunga purple : :
usai jalan kat kawasan bunga-bunga, pegi kat kawasan sayur-sayuran plak.
tapi semua pun walking distance.
cuma rasa cam berpeluh sikit sebab kat tanah rata ni dah tak sejuk sangat dah.

: : tomato : :

: : ada tempat rehat juga : :

: : vandalisma terhadap buah kundur : :

: : buah kundur gergasi : :

: : ada kilang teh juga di dalam : :

: : luas dalam ni : :

: : dan ada arnab juga : :

: : kolam ikan pun ada : :
pendek katanya, kalau korang gi cameron highlands, sila masukkan Agrotechnology Park, MARDI ni dalam itinerary korang yer.
berbaloi baloi… 😉

4 thoughts on “Agrotechnology Park, MARDI, Cameron Highlands

Comments are closed.