Yuhuuu…

korang buat apa hari ni?
aku tak buat apa la.
tadi siang kemas rumah sikit.
alih alih perabot dalam bilik yaya.
ceh alih la sangat walhal ada 4 ketul jer perabot dalam bilik yaya tu.
tolak katil ke belah depan, tolak drawer baju ke arah pintu.
pastu drawer baju tu aku letak tudung tudung aku.
yer tudung aku bersepah sepah sana sini.
bila nak pakai baru la sibuk kirai mencari.
pastu basuh tangan tudung awning dengan baju baju yang perlu dibasuh tangan.
macam nak patah bahu.
ikut hati nak je campak tudung awning tu semua dalam washing machine.
tapi takut la plak rosak awning nya. rosak ke tak ek?
petang tadi plak nonton drama lembu jasni petola kasim.
ok la cerita lawak. terhibur la jua hati ini. ewah.
pukul 5 encik z gi main bola kat kampung pandan.
dia ajak, tapi aku tok seyy la nak ikut.
sambung lipat kain baju yang menggunung ni ha.
aku memang pemalas. tapi laki mak sokayyy jer. so la la la la jer la.
tadi encik z call. dia kena gi hospital ampang puteri. hantar laki si shida, ali.
diorang main bola. bahu si ali sudah patah riuk kena langgar dek player.
takpe la ali, sakit tu menghilangkan dosa #eh
panas kan petang ni?
panas cuaca takpe. panas hati yang bahaya.
#TDDMKA :-[

5 thoughts on “Yuhuuu…

Comments are closed.