MC

sebenarnya kan..
sebenarnya hari ni aku MC.
nasib baik aku dah set kan 2 entry untuk hari ni.
kalau tak memang kosong je lah takde update.
start dari pukul 11 pagi semalam, kepala aku dah miung miung.
miung miung tau. bukan miu miu jenama handbag tu *ok tak kelakar.
pastu dah start muntah dan cirit birit.
hmmm.. lebih dari 5 kali kot.
menggigil kepala lutut nak tunggu pukul 6 petang.
habis kerja je terus cabut ke klinik lourdes kat jalan ipoh nun.
kena injection kat bontot. tsktsktsktsk…
doktor india perempuan tua yang baik tu dok bebel bebel gitu gini.
cek perut aku segala.
dan sah! katanya aku ni ada gastrik.
sudahnya……
diberi ubat berbondong bondong. terus diberi MC juga untuk hari ini.
malam tadi makan roti bakar 2 keping, telan ubat terus zzzzzzzzzzzzzzz…
tak sedar sedar.
apalah nasib. sudahlah migraine, sekarang gastrik lah pula.
tapi…. baca ni,
Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud: “Tiada seorang mukmin yang rasa sakit, kelelahan (kepayahan), diserang penyakit atau kesedihan (kesusahan) sampai duri yang menusuk (tubuhnya) kecuali dengan itu Allah menghapus dosa-dosanya” (Hadis riwayat Bukhari).
ok nak sambung baring.
doakan aku ya 🙂

5 thoughts on “MC

Comments are closed.