Bye Bye Hat Yai

kami terus shoot ke bukit kayu hitam.
bagi sapa yang blur blur, masa dari perlis hari tu aku masuk ikut padang besar sebab dekat dengan perlis.
ni balik aku keluar ikut bukit kayu hitam sebab lebih dekat nak ke kedah.
sebabnya nak bermalam kat homestay cikgu asri di jitra pula.
sampai kat border iaitu sadao kitorang stop makan lah dulu.
jangan risau kat sini berlambak restoran halal.
kami makan di nurlaila tomyam seafood.

: : nescafe o ais, fresh orange dan air kelapa yaya punya : :
nama makanan semua aku dah lupa.
korang kan hebat. korang agak agak la sendiri.
tapi yang bawah ni aku ingat.
kerabu mangga terbaik. sampai repeat order 2 kali.
memang rata rata kat thailand ni hidangan kerabu mangga memang wallaaa…
ulam ulaman dia meriahuolls.
macam macam ada ha, dan semua pun aku sesah.
tapi sambal belacan dia pedas melecas!

: : suami merangkap ayah merangkap driver merangkap jurugambar. besar jasa laki aku ni : :
tetengah makan tu ada 2 orang lelaki mendekati kitorang hulur seplastik potongan tebu.
aku ingatkan kot dia jual tebu tu.
rupanya mintak kitorang beli tebu tu untuk diberi pada anak gajah ni ha.
bagus dorang pandai cari duit walaupun seplastik tebu tu 10ringgit akak mencekik leher.
tapi dah sebab yaya nak, so layankan je la.. bukan selalu pun.
yaya tetakut. sebab macam geli kot belalai tu kena tangan dia.
aku bila nampak keadaan ceni, selalu brainwash yaya.
kesian gajah tu, takde mommy. takde ayah. takde opah.
duduk sorang sorang je, kena kerja nak cari makan.
jadi yaya kena bersyukur.
ini skrip masa yaya umur 3,4 tahun dulu.
ntah valid ke tak nak praktik dia dah darjah 2 ni he he he…
lepas makan dan lepas bagi gajah makan, decide nak pergi berurut kaki.
so jalan pusing cari lalu jumpa tempat ni terus je masuk.
urut kaki 45 minit, THB200. so aku dengan encik z pun berurut lah.
abih takkan nak suh yaya urut gak. mau patah plak tulang tapak kaki dia tu.
seharian berjalan, bila kena urut tu memang sedap benau la kan.
pastu on the way ke kereta, nampak ada orang jual pulut  mangga dengan pulut ayam.
aku  yang suka makan ni harus nak cuba semua. so beli.
tapi ayam tu aku amik ayam saja, tak amik pulut.
sebab dah ada pulut dengan mangga tu. *berbelit belit ko ayat…
terus menuju ke border. setelkan urusan imigresen bagai.
oh yer jangan lupa pulangkan balik kad/borang declaration bawak masuk kereta ni.
kang tak pasal orang ingat kau masuk thailand tak keluar keluar balik malaysia.
perjalanan diteruskan menuju ke jitra kedah.
so dengan ini, aku tutup cerita hat yai ya.
lepas ni sambung cerita cuti cuti kedah pulak.
btw, siapa nak baca kisah cuti cuti hatyai aku 5 tahun lepas, dipersilakan.
entry pendek jer sebab masa ni kamera nikon aku rosak.
botol air mineral aku tak tutup bebetul, lalu tumpah membasahi sling beg aku.
lalu rosaklah kamera.
sib baik handphone tak rosak, so snap gambar guna kamera handphone yang adooo tu jer.
dan entry lagi satu ni plak kain thai silk yang aku beli kat hat yai.
tapi dah rosak dah baju ni sebab aku sangkut tepi tingkap.
kena panas matahari terus pudar warna baju tu. last2 aku campak je.
sadiss..
ok boleh KLIK SINI dan SINI.
😉

oh yer, ada rezeki insyaAllah aku nak pegi lagi ke hat yai sebab hari tu tak sempat nak ke samila beach dan floating market dek kekangan masa.

3 thoughts on “Bye Bye Hat Yai

  1. asal ntah aku sebak baca part gajah tu kena keje sbb takde opah mak bapak semua hehehehe

Comments are closed.