Menara Taming Sari & Muzium Samudera

lepas check out tu terus je menuju ke menara taming sari.
tapi jalan punya lah jem dan nak cari parking bapaklah hazab oh.
pusing sampai 3 kali kot.
last last park kat parking mahkota parade.
pastu menapak ke menara taming sari.
ini kali ke dua aku naik menara taming sari.
first time dulu KAT SINI.

: : dipendekkan cerita, dah duduk pun : :

: : dan sudah berada di atas. nun jauh sayup pemandangan di bawah : :

: : teruknya lebam bawah mata aku. dah macam zombi dah : :
dan lepas tu menapak pulak ke muzium samudera.
aku taktau plak kapal ni adalah sebuah muzium.
ingatkan cam replika kapal tempat orang bergambar je.
dan nak masuk dalam kapal ni kena bayar yer.
tak silap aku RM3 kot. kot. tak sure.
kalau salah jangan maki.

: : filem mendam berahi dulu buat penggambaran kat sini tau. tak caya cer korang tengok balik. pastu ada plak scene yang gamaknya director dia tak perasan, ada kereta lalu lalang kat belakang. apakah? : :

: : ala filem mendam berahi yang eizlan yusof dengan rita rudaini berlakon tu. pengarah nya z lokman lorrr : :
nak masuk dalam kapal ni kena bukak kasut.
hazab la ko menahan bau kaki, bau stokin bagai. pfttt…
yaya pakai kasut baru.
baru je aku beli semalamnya.
kat crocs JJ wangsa maju. ada diskaun.
tinggal RM70 jer. tu aku sambar gak.
pastu kenit tu asyik la ngadu sakit kakinya.
melecet la kot. selambak handyplast aku lekatkan tatappp gak sakit katanya.
isk isk.
kat belah belakang kapal tu ada muzium lagi tau.
lebih kepada dunia angkasa angkasa gitu.
dah alang alang, masuk je la kan.
tapi sumpah masa ni aku cam penat gila kot.
encik z dengan yaya la dok gigih pusing baca satu satu benda.
kesian plak aku nengok si yaya dok ngadu sakit.
jauh jugak tu dari muzium samudera ke parking mahkota parade.
last last ku dukungkan saja.

: : kasihnya ibu. ewah… : :
nak baca kisah cuti cuti melaka aku yang sebelum ni, boleh klik SINI dan SINI.
yer, masa tu aku tak bertudung. so?

12 thoughts on “Menara Taming Sari & Muzium Samudera

  1. lain kali kalau beli kasut baru..kena gigit dulu sis, hehehe..
    kesian yaya..nasib baiklah mommynya kuat nak mendukung ekk..

  2. selamat tahun baru maya….ai pun penutup tahun 2011..bercuti2 dimelaka….n3 perihal melaka pun xsiap habis lagikk… 😀

  3. Anak akak skang xmau dh akak dukung, malu katanya…. Tp kalau ngan bapaknya nak lagi….hehehehe

Comments are closed.