Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis

malam tu kami dinner di medan ikan bakar kuala perlis.
kalau nak makan kat sini kena datang awal sikit sebab parking yang kepenuhan.
tapi malam tu kitorang gi lambat jugak sebab cikgu asri tak roger awal-awal.
petang tu kami anak beranak melepek tidur, huhu.

: : drinks : :

: : aku mintak  udang butter prawn tapi diorang tak buat. so amik udang goreng kunyit jer : :

: : repeat mentarang rebus. tapi amik 3 ketul je sebab yaya & encik z tak makan : :

: : ketam bercili  yang sedapppp : :

: : kangkung goreng belacan : :

: : sotong goreng tepung : :

: : timun & sambal belacan : :
masa tengah makan tu, ada 2 orang nenek & atuk yang dah tua sangat datang jual benda bawah ni. encik z beli.
cam sedih je tengok diorang dah tua tua still jugak meniaga ceni.
yaya tengok tak kelip mata. pastu ditanya aku macam macam. kasihan barangkali.

: : encik z galak berborak dengan encik asri : :

: : makanan laut fresh yang boleh dipilih : :

: : senarai harga : :
usai makan, kitorang jalan jalan jap  kat gerai sebelah tu.
sempat aku beli 2 helai blouse dengan sehelai seluar tidur.
lupa bawak seluar tidur, boleh?

: : angin kuat. tu yang kitorang cam tak ready je bergambar : :
maka nya, korang kalau bercuti ke perlis, jangan lupa merasai keenakan makanan laut di kuala perlis.
ada banyak stall yang boleh dipilih.
selamat menjamu selera 🙂

13 thoughts on “Medan Ikan Bakar, Kuala Perlis

  1. usih,terliur tgk mknan tur..slalu ingat kt Perlis xde bnda yg blh g jln2 skali tgk entri2 akak byk gak tmpt blh dilawati….untung akak rezeki dr blogging… 🙂

  2. feveret sotong goreng tepung…saya suka kalau dogoreng begitu..segelung2 ranggup…tapi kt sini kebanyakkan kedai restoran suka goreng cam cekodok..tepung tebal..then sotongnya potong 4 segi or panjang..celup tepung jadik cekodok sudah rupanya..serupa makan cekodok…xbest!

Comments are closed.