Kata Set?

lagi cerita jalan jalan cari makan.
ni yang masa yaya ada duduk dengan aku hari tu.
gi satay station sebab teringat makan satay. so ke sana.
alah yang kat area pandan sana tu lah.

: : drinks : :

: : satay ayam dan daging. macam anak patung plak tengok yaya dalam gambar ni : :

: : mee rebus : :
pastu adik waiter tu tanya, nak try set sup daging tak?
set ok. dia sebut set.
pastu aku tanya la dalam set tu ada apa?
dia kata ada sup daging, nasi putih dengan telur dadar.
sebab aku penggemar sup, so cam ah bolehlah.

: : inilah dia set sup daging itu. masin sikit kot sup tu : :
dan lepas makan, tak reti reti nak bayar.
so pergilah bayar. encik z yang bayar so aku takde la bother sangat nak tengok resit.
balik rumah baru la belek.
SUP BONDA   –   RM10
NASI PUTIH    –   RM1.80
TELUR   –  RM2.50
Kalau kira asing gitu, tidaklah set kot romannya. Total RM14.30.
Aku bukan apa, rasa ralat nau bila tengok telur dadar tu RM2.50 dan nasi putih tu RM1.80. Kalau ko letak SET SUP DAGING BONDA – RM15.00 pun akak tak marah dik.
Tapi bila kira asing, rasa macam nak tikam tikam dada sendiri.
No more sup bonda di satay station after this. Tskkk…

14 thoughts on “Kata Set?

  1. hik hik hik..

    sama jadi kat kami minggu lepas makan dekat JM Bariani.. kami amik ‘set’ bariani ayam bila bayar dan tengok resit kiranya adalah asing-asing.. lalu tanya ngan adik waiter, jawapannya “betul kak set, tapi memang gitu kiranya.. cuba akak kira nasi + ayam masak merah kan sama harganya”.. dan kami pun.. hmmm iyo lah dik..

    kiki

    • ye la kan, nama pun set.. patutnya masuk kan la dalam satu harga.
      kalau tak, kami mmg taknak la telur dadar tu. nak buat hapa kan…

  2. aku lebih rela dipanggil set kalau ko letak rega rm20 sekalipun..dari ko kira asing2…kurang2nya tak der ler rasa pedih hulu hati bila nengok bil..*dushh dushh! emo

  3. kdg2 dorang nie yg tukang amik order bkn tau sgt…main ckp jek bila nk byar org dok kaunter lain plak ckpnyer…mmg naik sesaje la darah customer bila kena bnda mcm nie…

    • pekerja dgn pekerja pun tak sefahaman.
      apa lagi kita pelanggan kan..
      tapi yang jadi mangsa kita pelanggan jugekk…

Comments are closed.