Kosong

seminggu yang sudah menyaksikan satu tragedi yang memberi kesan hebat kepada aku dan insan sekeliling ku.
di mana rasa marah dan sakit hati terhambur apabila tidak dapat ditahan lagi.
kosong. kecewa. tak punya ruang lagi untuk berfikir.
dan sehingga kini tiada kata kata akhir diucapkan.
hari ini. sekali lagi ia terjadi.
aku menahan rasa dan memendam segala duka.
tapi dari riak mata nya, aku tahu dia juga terasa.
kiriman sms yang aku terima membuatkan dadaku hampir pecah menahan sebak.
ah, aku cuma manusia biasa. dan aku mungkin berbeza dari mereka.
aku tiada punya naluri dan nurani itu.
walau begitu, aku masih punya perasaan.
biarlah. biarkan saja. aku sudah lelah.
dan aku berserah.
mungkin kali ini rajukku lebih panjang dari biasanya.