Ke Darussyifa’

aku dah ke darussyifa’ tempoh hari.
berjumpa ustaz dan diberi air yang dibaca dengan ayat ayat al quran.
untuk diminum dan mandi pada bilasan terakhir.
selain dari bertanya tentang penyakit migraine yang aku hidapi,
kami juga minta khidmat nasihat kenapa aku dan encik z masih belum dikurniakan anak.
kami berusaha. Allah SWT jua yang menentukan segala galanya.
apa juga yang terjadi lepas ni, insyaAllah kami terima seadanya.
rancangan yang kita rancangkan memang terbaik, tetapi rancangan Allah jauh lebih baik. 🙂

14 thoughts on “Ke Darussyifa’

  1. Pernah pergi berubat penyakit was-was di Darussyifa’ 10 tahun yang lepas. Alhamdulillah, selepas berubat tu, hilang penyakit was-was tu.
    Insya’Allah, usaha & doa awak akan termakbul selagi berserah kepada Allah SWT. Adik saya pun mengandung selepas berubat di Masjid Seksyen 16 Shah Alam dan nak bersalin bulan depan.

Comments are closed.