Awak Buat Saya, Awak Tanggung La Dosanya

kelmarin gi dinner kat jombali yang baru bukak branch nun kat platinum walk sana.
amy la ni yang bagitau.
so lepas beli baju sekolah yaya kat jusco, ajak la encik z ke sini.
dalam kepala memang nak makan ikan bakar lah.
ni pun amy yang bagitau jugak.
sampai sampai belek la menu.
tak boleh bla telur dadar RM5.00.
kalau datang dengan mama ni harus la dia tak bagi order.
RM5.00 telur dadar! ko mampu..???
ada ikan pari bakar dan ikan kembung bakar.
aku mintak la pari bakar.
2 minit lepas order, mamat bangla datang katanya pari bakar sudah habis.
dia bersungguh suruh order ikan kembung bakar tu.
mandang tekak memang teringin nak yang bakau bakau, so order lah jugak.
ikan kembung bakau ni didatangkan dengan nasi goreng biasa.
kemudian nasi goreng biasa pun sampai.
seminit lepas tu ada adik perempuan datang plak bagitau kata ikan kembung bakau tu pun dah habis.
tak terbakau aku mendengarnya.
so aku pot pet jugak la menghangin.
ntah la cam tak logik la tadi masa mamat bangla cek tu yang beria suh aku amik ikan kembung tu, takkan tak cek kat dapur dulu kot ada ke tidak.
adik perempuan tu cam cuak cuak je aku dah start bebel bebel.
aku ni jarang kot nak bebel amukan kalau takde hal besau kan.
belum sempat aku cakap pasal nasi goreng tu, dia dah amik dulu kata akak boleh order lain.
malas aku nak pikir dah sebab mood memang nak makan ikan bakar kan.
aku kata bagi je la nasi lemak ni ha.
walaupun encik z pun order nasi lemak jugak.

: : sirap bandung, air suam, kopi cincau : :

: : nasi goreng yang sepatutnya dimakan dengan ikan bakau tu. sampai aku sempat snap gambar : :

: : nasi lemak seafood katanya : :
udang dan sotong yang aku saspek tak dimasak sekali.
encik z kata, rasanya udang dengan sotong tu direbus je.
kemudian di campak dalam sambal bila nak dihidangkan.
serious tak boleh masuk tekak aku dan yaya. lalu tak berapa nak habis.
encik z sound aku “awak marah marah kat kedai makan ceni, saya takut diorang ludah je dalam makanan awak”
amboiii pandai ko sound aku kan encik z.
yang kau bawak kereta laju laju dok hon hon orang bagai tu ko tak fikir plak kot kot orang adalah pembuli jalanraya, mark kereta aku, tahan aku tengah jalan.
culik aku, bunuh aku ke hapa.
ni pasal makan tau lak kau takut eh.

: : ya rite! : :
bagi aku senang je. kau buat aku, kau dosa. kau masuk neraka.
ok bai.

9 thoughts on “Awak Buat Saya, Awak Tanggung La Dosanya

  1. akak pon kalau cenggitu gayanya… mmg menghangin la, nmpk sgt main hentam kromo je… kalau skali ok g, kalau dh 2 kali…. ostajah pon boleh goyang…hehehehe

Comments are closed.