Aku Terima Nikahnya – Adil & Yana

amaran yer, entry ni penuh dengan gambar.
agak agak mata menjuling tu maafkanlah saya.
aku malas nak pecah pecahkan sebab kang nanti pecah kepala plak nak pikir ayat lagi.
so sekalian sudah.
ni pun dah ala ala basi kisahnya sebab lambat sangat update.
20.11.2011 hari tu adil dan yana dah selamat dinikahkan.
adil tu adik aku yer, bagi yang tak tau. atau pembaca baru. pembaca baru katanya.
pagi pagi sabtu tu encik z, yaya dan aku gerak dari KL.
pagi lepas subuh gitu la. jalan clear, dalam pukul 8.30 pagi kitorang dah sampai melaka.
terus je ke tempat kejadian tapi breakfast dulu kat mamak sementara tunggu yang lain.
yang lain tu ialah mama, adil, kaklong, abang long, caca, mak jah, pakcik iqbal dan maklong.
sekalian dengan maklang dan pak lang.
malam tadinya dorang semua tidur rumah maklang paklang kat masjid tanah sana.
pastu janji jumpa kat petronas.
aku bawak red velvet cake so mau susun susun masa ni.

: : bakal pengantin yang berdebar. eh berdebar kah? : :

: : rombongan cik kiah : :

: : macam biasalah kaklong yang arif bab bab gini. so dia susun la hantaran : :

: : hantaran dari kedua belah pihak : :

: : berangan pose pose dengan hantaran : :

: : tetiba tengok cam seiras plak kitorang xpecially tang hidung penyek: :

: : saat saat akhir bujangan : :
dipendekkan cerita, majlis pernikahan pun bermula.
tapi aku adalah agak sedih dan kecewa sebab tak dapat dengar adil lafaz akad sebabnya aku kat belah belakang.
ada sorang pakcik tu suruh orang perempuan ke belakang.
sudahnya waktu adil nak akad tu sepupu sepupu si yana dah ke depan berdiri block so tak nampak.
sedih ๐Ÿ™ ๐Ÿ™
tapi kesedihan tu berlalu pergi bila adil dah selamat dinikahkan oleh ayah yana dengan sekali lafaz.
alhamdulillah, dah jadi suami orang dah adik aku ni.
walaupun umur dia dah 29 tahun, tapi kami sekeluarga still anggap dia macam anak kecil.
ntah la. mungkin sebab anak bongsu kot.

: : aku duluย  nikah takde pun scene ciyom ciyom dahi ni tau. huksss : :

: : gambar keluarga. tapi cici takde huhu : :

: : ok scene ni sumpah sedih uwaaaaaa : :

: : nak amik gambar keluarga tapi tetibaย  maklong menyelit. erk : :

: : meluahkan rasa tidak puas hati pada maklang : :

: : kita berlaga pipi je la iyer : :
selamat pengantin baru mahathir & nurul liyana!
meh kakngah peluk kekuat.. ๐Ÿ˜‰
baru perasan takde gambar makan makan. encik z dah kebulur gamaknya.
lepas makan bergambar bagai, kami pun bergerak.
terus ke dataran pahlawan sebab mau beli ole ole sikit.
aku dah lupa la jalan nak ke sinun so on la gps walaupun tatap saya putar abang halim.
tapi akhirnya sampai.
tiap kali ke melaka mesti cam nak gi dataran pahlawan ni.
sebab semua jualan pun adalah best.
aku memang suka melaka.
tapi tak lama sangat. dari sini drop balik mama kat rumah yana pastu aku ngan encik z pun gerak balik yang sesat barat sampai exit kat alor gajah tu.
hari ahad depan insyaAllah kenduri kahwin diorang plak.
sesiapa yang dah dijemput tu, sudi sudikanlah ya datang…

14 thoughts on “Aku Terima Nikahnya – Adil & Yana

  1. alhamdulillah..selamat sudahnya..tahniah adil & yana…tahniah jugak pada mya dapat adik ipar yang menchomel…hepi2 semuanya.. ๐Ÿ˜‰

  2. last jalan2 pegi melaka bila eh? aaahhh tak ingat…
    selamat pengantin baru adil & yana!

Comments are closed.