Selamat Tahun Baru Islam

tujuh semoga saya…..
1. semoga saya dapat melipatgandakan amal ibadah saya.
meninggalkan yang dilarang, mengerjakan yang disuruh.
mahu lebih banyak membaca buku buku agama dan menyertai majlis ilmu.
menjadi insan yang lebih baik dari semua segi.
2. semoga saya dapat menjadi isteri yang taat terhadap suami saya.
nak kurangkan sikap menaga yang asyik la nak muncul tak kira masa.
3. semoga saya dapat menjadi ibu yang baik buat anak saya.
walaupun saya tak menjaga anak saya sepenuhnya, tapi kasih sayang saya pada dia tidak pernah berkurang walau sedikit pun.
4. semoga saya dapat menjadi anak yang baik pada mama saya.
kena belajar rendahkan nada suara saya yang macam halilintar ini.
5. semoga saya dapat menjadi adik / kakak yang yang lebih baik.
sayang sangat pada kakak dan adik lelaki saya itu walaupun mereka selalu dalam keadaan blur blur.
6. semoga saya akan menjadi kawan yang terbaik buat kawan kawan saya yang juga terbaik.
saya sayang kawan kawan saya. semoga mereka jua sayang kepada saya (L)
7. semoga saya akan menjadi pekerja yang lebih berdedikasi.
mahu kurangkan bercakap dan fokus pada kerja.
kalau masih ada yang tak suka pada saya, saya redha kan sahaja dan maafkanlah saja mereka.
Terima kasih di atas semua rezekimu ya Allah.
Dan aku redha atas apa jua ketentuanmu ya Allah.
Aku bersyukur di atas segala jalan cerita hidupku ini ya Allah.
salam maal hijrah buat semua.
kita tutup buku lama, buka buku yang baru ya.
dan lakukanlah penghijrahan dengan setulus hati kita 😉

4 thoughts on “Selamat Tahun Baru Islam

Comments are closed.