Ke Sana Ke Mari

ni cerita hari sabtu lepas.
keluar rumah pepagi gi breakfast kat kedai encik tan.
kemudian pergi basuh kereta.
eh actually masa yang sama.
sementara makan, hantar kereta cuci. eh cuci kereta.

kemudian terus bergerak ke LEP rumah kaklong.
yaya sudah sampai di KL malam tadinya.
tapi sampai rumah kaklong, yaya takde.
ikut abang long pergi hospital.
caca kena masuk hospital sebab positif denggi.
tapi sabtu tu dah boleh discaj.

kemudian gerak dari rumah kaklong.
diorang iaitu abang long, kaklong, mama, adil, mak long, mak jah & pakcik iqbal bergerak ke melaka sana ke rumah paklang.
aku 3 beranak plak terus balik jasmine sebab nak kejarkan tengok bola.

lepas maghrib, gerak ke rumah mimie mau amik cupcakes RV yang diorder secara last minute untuk hantaran adil.
bukan apa, sebab dah janji nak sponsor satu dulang untuk adil.
aku cam confuse confuse mereka ini nak bawak hantaran waktu nikah atau waktu sanding, tu yang cam terlambat order tu.
sib baik ada mimie penyelamat ku.

dari rumah mimie ke carrefour.
eh sebenarnya ke carrefour dulu baru ke rumah mimie.
confuse sudah.
ke carrefour sebab mau beli jubah untuk dipakai keesokan harinya.
ngada kan, orang lain nikah aku plak sibuk nak baju baru bagai.

kemudian ke jusco maluri mau beli barang yaya dan barang mekap aku sikit.
sian aku barang mekap semua sudah yilek.
yer yer aku idak bermekap tebal, tapi tetap lah jua perlu compact powder kannn…
dan oh lipgloss serta mascara jua.

dari jusco terus ke papparich.
sebenarnya taktau nak makan apa, mandang dah bertahun kot tak ke papparich, so ke papparich lah kita.
walaupun tatap taktau gak nak makan apa. heh.


: : mommy ni asyik asyik twitter. btw, saya pakai tudung baru : :


: : air epal & air white coffee : :


: : share dengan yaya makan kueyteow sup ini : :


: : encik z tension bila nasi kuning adalah sebenarnya pulut kuning : :

balik rumah kemas kemas barang apa yang patut.
sebab banyak benar agenda nya esok dan malamnya.
kemas barang barang yaya gak yang nanti akan duduk rumah kaklong seminggu.

esok paginya nak kena bangun pukul 4 pagi sebab plan nak gerak dari KL ke melaka jam 6 pagi.
phewww….

16 thoughts on “Ke Sana Ke Mari

  1. Beb.. Nak tnyla.. Just curious.. Papparich ni mmg halal ek?? Terliur nk mkn kt sana tp xtau whether safe to be consumed by muslims or not.. If u hv the info pls share k.. Tq

  2. rapatnya budak kecik duaorang tu..dua2 comel

    kalau kat terengganu..nasi kuning tu nasi yg berwarna kuning.
    nasi kunyit baru pulut kuning. dah tu abis x suami sis mkn?

  3. assalamualaikum..

    kakak sayang…adikmu sudah kembali..hehehe 🙂

    letih laa baca blog akak ni..banyak gambo makanan..buat org terliur je :p

    • waalaikumsalam…
      selamat kembaliiiiiiiii…
      tunggu! banyak lagi gambar makanan akak nak update nih

    • ye la, dok bayangkan lain, lain yang dapat, mau tak sentap.
      aah… selamat nikah dah adik aku tu.. 🙂

  4. si caca lagi matured rupaparasnya compared to yaya.
    bertambah2 tembam plak aku tgk dia…
    sinyoommm tu bikin ati jadi cayeerr…

Comments are closed.