Inter DG Hoki 2011

siapa yang follow twitter aku tau lah kan aku dok update kata training hoki bagai.
rasanya 4 minggu kot berturut turut every friday night ada training kat stadium hoki tun razak jalan duta nun.
training ni bersempena untuk game inter dg kat office aku ni ha.
walaupun aku turun training, tapi dalam hati berdoa sangat supaya aku jadi pemain simpanan jer.
sebab aku memang tak pandai main sangat pun. kita bagi la pada yang terror terror.

so hari sabtu gigih la bangun pepagi sebab game encik z pukul 9.40pagi.
beli roti 2 bungkus. ngan sekotak susu sebagai bekalan.
bila ramai dah sampai so warm up dulu lah.
dan sebelum apa apa, kita bergambar dulu.
lepas bergambar baru perasan kapten, zaza belum sampai. heh.


: : barisan pemain hoki lelaki : :

lalu permainan pun dimulakan.
bercampur campur lah 5 + 2 teams.
memang bercinta lah menunggu di tepi padang tu.
tapi layankan ajer.


: : malas nak gi dedekat. zoom je lah. nampak tak suami saya di situ? : :


: : merenung nasib diri #tetiba : :

selalu kalau ada sukan sukan ni, mesti akan disediakan pisang kan.
tak boleh tahan plak aku bila semua dok puji pisang ni sedap.
lalu aku pun amik la sebijik. suku jer kot aku lalu.
selebihnya terjun ke tong sampah.
sorry pisang, kita memang tak ditakdirkan bersama, tapi tidak bermakna saya membenci awak, ote?

sepatutnya ada 3 team untuk wanita.
tapi satu team sudah walk over. so tinggalah 2 team saja.
ni tengah bersiap sedia nak turun ke padang la ni.
tengah menyiapkan pakaian kebal keeper.


: : barisan pemain. mya, ziana, nadia, fiza, es, athirah, jane, norin & zaza : :


: : go go go!! : :

phewww.. sib baik aku jadi pemain simpanan jer.
tu pun aku berdoa berharap takde siapa yang akan keluar padang.
kalau tak mesti la kena masuk ganti kan. mak gentarrr…
maka nya hanis, nadia & aku menonton saja di tepian padang.
cuaca bapak panas hoih..

beberapa kali break sebab nak basahkan padang.
dia punya memercik. cam hujan renyai renyai kot.
nyesal tak bawak payung untuk melindungi diri.

oleh sebab aku tak main, so takyah la letak gambar permainan yer.
perlawanan adalah sengit.
yang akhirnya membawa seri 0-0. lalu kena buat strokes.
dan pihak lawan menang dengan 1-0. pasrah.
kalah menang kan adat pertandingan. yang penting semangat. betul?


: : acara pembahagian hadiah : :


: : dapat RM10 dan beg nike yang cantik berharga RM45. beli banyak mungkin dapat murah #eh : :


: : piala yang direbutkan : :

keseluruhan team wanita dapat tempat ke 2 dari 3 team.
dan team lelaki iaitu team encik z dapat tempat pertama dari 5 team.
syabbas kepada semua yang terlibat. dan juga kepada diri sendiri. eceh..

18 thoughts on “Inter DG Hoki 2011

  1. pandai Maya main hoki yek
    ila lepas sekolah
    sport ni…
    dijadikan aktiviti ke 100 kot..huhuhu

    • tak de la pandai sangat pun ila.
      setakat pukul bola hoki tu boleh la.
      skill skill semua tarakk..

  2. ok..sekian lama menjadi pemerhati bebas dan tak berbayar hr ni nk komen..kazen i pn ada dlm team u..what a small world..leh la i usha2 u from my kazen..hehe

Comments are closed.