Flower Corsage Yang Comel!

hari ahad aku ada janji temu dengan blogger famous lagi comel.
shazwanihamid.
sebab aku ada beli barang dengan dia.
nak pos tak sempat sebab aku dah tak menyempat nyempat nak pakai. heh.

so janji punya janji gedebak gedebuk.
mau jumpa kat jusco cheras selatan.
sementara tunggu wani sampai, aku ronda ronda la dalam tu.
besar jugak eh jusco cheras selatan nih.

aku memula ingatkan nak touch n go jer jumpa wani ni.
dah la pakai selekeh bangat.
dengan selipar bodoh, tudung pun main sauk jer.
jadi adalah malu bila jumpa dengan wani yang super gorjes.
2nd time aku jumpa dia. dulu pernah jumpa masa event ogawa nuffnang kat pavilion.

tujuan aku jumpa dia adalah sebab nak beli flower corsage yang somel somel ini.
tengok kat blog dia cam eh eh comelnyaaa…
sebelum tu siapa yang baca blog dia mesti perasan jer wani selalu pakai flower corsage ni.
so ramai la readers yang dok tanya tanya kat dia kot.
tu yang terus dibuka untuk jualan.
handmade ok!

flower corsage ni ada 2 saiz.
aku amik yang saiz kecik warna peach salmon.
sebab nak matchingkan dengan baju yang aku nak pakai malam tu.
gambar bawah cilok dari blog wani.

aku punya yang nombor 2 itu.
nak snap gambar lupa lah pula.
takpe nanti next next entry ada gambar aku pakai.
korang kalau berminat nak beli flower corsage ni, boleh pergi jenguk blog wani k?