Di Hujung Solatku, Di Akhir Sujudku

ku menyebut nama mu di hujung solatku
di akhir sujud ku
supaya kau diberi kesedaran, dikurnia keinsafan

ku menyebut nama mu di hujung solatku
di akhir sujud ku
agar kau tersedar dari lamunan, mencermin kekhilafan

ku menyebut nama mu di hujung solatku
di akhir sujud ku
tanda kasih sayangku terhadapmu yang tiada bersempadan

di hujung solat ku
di akhir sujud ku
ku panjatkan doa buatmu dan aku
agar nanti di suatu hari
Qolbu yang kotor menjadi bersih
Hijab yang tertutup menjadi ma’arifat

dan di hujung solat ku
di akhir sujud ku
akan tiada jemu doa ku buatmu