Aku Bukan Tomboy

baru baru ni aku dapat jemputan dari skop productions yang dipanjangkan oleh amy untuk nonton preview pelancaran filem aku bukan tomboy.
kejadian berlaku di gsc midvalley sana.
sampai sampai terus terjah mcdonalds dulu makan.
kemudian gi solat sebab ingatkan movie start pukul 7.30 malam.
rerupanya 9.30 malam! hamikk..


: : bloggers : :

bila dah masuk dalam, rupanya makanan disediakan.
banyaklah pula itu.
nyesal aku makan mcdonalds sebelum tu. rugi rugi.
jadi minum teh tarik segelas saja.
sambil tengok gelagat artis yang datang.
ramai jugak. tapi aku yang cam kemalasan nak bergambar. heh.

eh tapi bergambar jugak lah.
dengan salina saibi. seksi melentik liok kot badan dia. pheww..

sesambil tu mata melilau cari shamsul yusoff.
yer tujuan utama saya datang adalah saya mahu berjumpa dengah shamsul yusoff yer.
pengarah dan pelakon aku bukan tomboy ini.
kalau dia takde harus aku awaskan skop production.

tiba tiba.
dari kejauhan.
ternampak.
beliau.
iaitu.
shamsul yusoff!

automatik mood menggedik on ok.
tapi kena kontrol. imej sebagai calon ustazah pilihan perlu dijaga.
gituuuu….
masa ni dia tengah diinterview.
sesambil dia jeling kat aku *berangan

harus tidak melepaskan peluang untuk bergambar.
masa tengah nak bergambar tu, tetiba dia tanya kat aku.

‘nampak scha tak?’
‘scha dah sampai?’

heyyy… aku kat sebelah kau nak bergambar ni sibuk kau tanya pasal scha kan.
awassss…
pastu cara dia tanya tu cam eh hello.. scha tu kawan aku ke.
tapi tu aku jawab dalam hati je la.

aku senyum kata ‘tak nampak scha la dik’
adik katanya.
aku nak bergambar sorang, tapi amy tak berganjak dari situuuu..
awasss lo amy.
matikk la walhal dia yang ajak aku, lagi mau awaskan dia.
ampun amy.
and tq sebab ajak aku gi sini. kalau tak memang takder la aku nak jumpa dengan shamsul yusoff ni kan.

masa tengok muka si shamsul ni aku dok bayangkan dia dalam telemovie maisarah tu.
ala yang dia berlakon dengan leez AF tu.
bawak watak rahim. seorang suami yang bapak la hoih baiknya.
sehingga aku bermonolog sendiri.
adakah suami sebaik ini masih wujud di muka bumi ini?

tapi bila suami dah baik, isteri pulak macham macham.
ada ke si suami solat lama. atas sejadah berdoa menangis di sound nya.
‘banyak sangat ke dosa abang sampai menangis ni?’
heyyyy… sikit ke, banyak ke.. dosa tetap dosa yer anak-anak.
jadi kena minta Allah ampunkan setiap masa.
apa punya turrrr la isteri ceni.
last last suami tidur dengan perempuan lain baru kau nak nyesal nangis nangis kan.
sudahhh… mengapa kau menangis di sini. pergi kau menangis di sana!

haisyooo ke laut sudah entry aku ni.
ok ok berbalik kepada aku bukan tomboy ini.

cukup masa masuk dalam hall.
ternampak detektif lim gerak gerak khas.
so approach mau bergambar.
dah keawang awangan punggung aku tu.

pengacara majlis adoi apa ke namanya dia?
hari tu aku ingat.
sapa tau sila komen.
yang berlakon gerak khas tu jugak.
isk. lupa.

eh eh nampak kak ayu. kakak senior politeknik PD ku.
beliau merupakan wartawan hiburan.
pastu sempat gak la jumpa salam pelok ciyom dengan beliau.

sebelum sesi menonton wayang dimulakan, kita baca doa dulu.
doa dibaca oleh sepupu shamsul yusoff bernama doktor anuar.
tweet dia best sangat. aku suka sebab shamsul selalu RT.

kemudian dato yusoff haslam berucap.
penerbit kata ko. mesti la kena berucap kan.
aterrr dah keluar modal puluh ribu ringgit.

pastu sebagai pengarah, shamsul plak berucap.
suka la dengar suara dia. macho. awwewwwaww..

lalu tayangan pun bermula.
sinopsis :
Filem Aku Bukan Tomboy mengisahkan tentang si gadis Tomboy Farisa yang dibesarkan oleh bapanya selepas kehilangan ibunya sejak kecil. Di sebalik hati seorang gadis tomboy ini dia turut menyimpan hati kepada seorang lelaki, sama seperti perempuan normal yang lain. Akhirnya, tanpa disedari dia berada dalam percitaan tiga segi di antara 2 jejaka iaitu Harry dan Burn.

Di samping mengharungi lamunan percintaan dengan Harry dan Burn, Farisa turut tidak terlepas dari kecaman dan gangguan golongan ‘pengkid’ seperti Bell dan Sam. Farisa rupa-rupanya menjadi rebutan kepada Bell dan Sam yang mahu menjalinkan hubungan intim dengannya seperti pasangan bercinta. Farisa bosan dan rimas kerana enggan terjebak dengan hubungan songsang.

Persoalannya adakah terlalu sukar buat si gadis Tomboy untuk merasai kehidupan sebagai gadis normal yang bencikan hipokrasi demi memiliki cinta sejati? Sememangnya terlalu besar pengorbanan yang dituntut. ‘Aku Bukan TOMBOY’ sebuah filem bergenre komedi romantik bakal menjawab segalanya.


: : shamsul bawak watak lelaki nerd bernama burn : :


: : sekumpulan pengkid yang diketuai oleh sheera iskandar : :


: : zarina AF & salina saibi bawak watak pengkid juga : :

keseluruhannya ok la filem ni tak mengecewakan.
memula aku dok bayangkan cam mesti tak best shamsul bawak watak nerd.
sebab hensem sangat plisss…
tapi ok la, takde la cam buat lawak lawak bangang ke hapa.
cuma aku kusut sikit dengan watak eira syazira yang cam eh eh ko ni kenapa. begitu.

tabik spring pada salina saibi, zarina AF ngan sheera iskandar yang bawak watak pengkid.
memang terbaik dari ladang.
cuma pendapat aku kan. tak perlu kot nak buat scha tu rambut pendek.
sebab dia bukan tomboy.
cuma cara dia jer cam kasar.
so boleh jer biar dia rambut panjang.
sebab nampak fake sangat kot wig dia tu. heh.

lepas habis tayangan, ada press conference.
ada la 3,4 orang wartawan tanya soalan begitu begini.
layan je lah mendengar.


: : tunggak utama aku bukan tomboy : :


: : pelakon-pelakon aku bukan tomboy. tapi zarina AF dengan eira syazira takde la pulak : :


: : shaheizy sam yang kusut sedang diinterview oleh wartawan : :


: : kami bukan artis. kami juga bukan tomboy : :

so kepada peminat peminat filem melayu terutama peminat shamsul yusoff, shaheizy sam dan scha, boleh la terjah ke pawagam berdekatan anda mulai esok.
sebab tayangan Aku Bukan Tomboy bermula esok.
selamat menonton!!!

9 thoughts on “Aku Bukan Tomboy

  1. hee…best gak filem ni…sempoi2 gitu…kelakar tang Sam dengan Scha tu bila diorang sindir2…haha.. 😀 …meh jemput komen pasal filem ni kat kakiwayang.com

Comments are closed.