…………………

aku angkat kaki kanan
untuk mengimbangi kaki kiri yang bertongkat

aku injak kaki kiri
supaya kaki kanan sama merasa kekurangannya

bukan salah kaki kiri kerana bertongkat
bukan jua silap kaki kanan yang sempurna
kerana keduanya dicipta untuk melengkapi

sampai masa, mungkin kaki kiri kembali berdiri
sampai waktu, tak mustahil kaki kanan kehilangan temulang

kaki kiri atau kaki kanan kah aku
tiada bezanya
kerana aku telah berada di dua kedudukan itu

buatlah pilihan itu
terus melangkah atau berundur pergi……..