#OctTwtFest

siapa pergi #octtwtfest hari tu? angkat tangan!
aku jamin tak ramai yang pegi sebab tak jumpa pun koranggg….
ok first sekali nak tanya korang tau tak #octtwtfest tu haper?
taktau?
aku memula dulu pun taktau gak.
dok tengok hashtag kat twitter.

being me yang kepohchi, lalu menyiasatlah apakah itu #octtwtfest.
siasat punya siasat, ooooo rupa rupanya digi buat cam karnival/festival/pesta untuk menghimpunkan pengguna pengguna twitter di malaysia. gitu.
majlis berlangsung di ibupejabat digi di subang hi tech sana.
saja la aku ajak encik z pegi.
knowing suami ku yang selalu pun tak kisah, so pergilah kami ke sana.

benda ni bermula dari pukul 3 petang.
tapi aku gi malam sebab siang tu ada wedding.
dah tweet lyn sesiap bagitau aku nak gi.
sampai sampai jer tengok memang meriah kot.
ramai gila orang.


: : depan pintu masuk : :


: : register dulu sebab diorang nak kira berapa ramai yang datang untuk masuk dalam malaysia book of records : :


: : ikat reben sebagai tanda sokongan : :


: : bersama burung biru : :


: : tweet mau tanya lyn di mana : :

masuk dalam nampak lyn tengah q nak beli tshirt #octtwtfest.
semangat okkk..
so lepak lepak dengan dia je la sebab tak kenal orang lain pun.
heh.


: : kek disediakan percuma. sedap kot : :


: : meramai orang dibelakang : :


: : tweet lagi dan lagi dan lagi : :

ehem ehem jangan marah.
i bergambar dengan iqram dinzly aka qabil.

oh natasha hudson pun ada.
tapi yang kejinya dedua twitter diorang aku tak follow. so tak dapat la nak tweet.
aku tak minat kot dedua.
tapi dah alang alang jumpa tu, bergambar je la kannn.. tak rugi kot.

ada disediakan screen besar kat luar.
kira sesiapa yang tweet dengan hashtag #octtwtfest, kau punya tweet akan terpapar di sini.
gitu…

so korang yang takde twitter ni, dah buat akaun ke belum?
ada yang dah kan… meh la follow mengfollow.
search aku normaya11 . ote?
percayalah twitter lagi best dari facebook 😉

12 thoughts on “#OctTwtFest

  1. twitter adalah tempat paling sesuai untuk naik hantu tanpa dikesan pihak bertanggung jawab, sangatlah bagus (walaupun kadang kepala pening baca berbagai jenis retweet dengan berbagai simbol pelik pelik) (&)

Comments are closed.