Nasi Lemak CT Garden

ini cerita hari ahad ahad lepas.
perghh gila banyak entry aku yang tertunggak nih.
wait forever la korang yer tunggu aku update.

ok salah satu aktiviti aku ialah gi makan nasi lemak ct garden.
encik z yang ajak gi makan sini bila aku kata teringin nak makan nasi lemak.
rasa cam tak pernah datang tapi bila sampai terus cam eh pernah datang sini.
waktu muda muda bujang bujang dulu. lepas clubbing lepak sini makan nasi lemak.


: : gambar kredit SINI : :

siapa yang pernah datang sini tau la kan cara nak order.
kena q amik berapa bungkus nasi lemak kau nak.
pastu pilih la lauk pauk yang kau teringin nak makan.

kitorang amik 4 bungkus nasi lemak.
aku amik paru ngan telur puyuh.
encik z amik kentang sambal tuh.
aku makan tak habis pun sebungkus nasi lemak tu tau.
yang selebihnya semua encik z yang makan. besar betul tembolok pakcik tu.


: : nasi lemak sambal ct garden : :

kalau kau tanya aku, aku rasa aku lagi suka sambal nasi lemak kat mali kot.
hurmm.. lain tekak lain pendapat yer dok?
kalau kau nak datang try nasi lemak kat sini, tempat ni letaknya di sebelah kelab sultan sulaiman kampung baru.
pandai pandai la ko google maps yer yeop…

24 thoughts on “Nasi Lemak CT Garden

  1. Haaa…. lama giler tak makan sini. Dulu masa bujang trang tang tang salu gak lepak makan sini.
    Tp paking payah kan Mya?
    Skang ada budak jaga paking plak. Lagi la maleh nak pegi.
    DUlu kiterang panggil kedai nasik lemak limaposen je.
    Nasik lemak dia still 50sen ke? ke da naik?? huhu 😀

    • haah sini parking susah, mmg sesilap parking sampai ke depan jauh.
      tu la tu, tetiba ada org muncul mintak duit parking. bayar je la RM1, kang kena calar kereta tak pasal plak kan..

      alamak harga tak sure sebab encik z yang bayar.
      nanti nak try tanya dia balik, adakah RM0.50 harga nasi lemak itu

  2. memori makan nasi lomak ct garden ketika duk kg baru…dari rumah jalan kaki jerr…kg bru happening dgn tmpt makan.. 😉

  3. hahahah! lepas clubbing kg baru pot yamca 😛
    tapi taktau plak namanya CT Garden. selama ni org dok panggil nasi lemak kelab je..hehe

  4. Once upon a time, tmpt nie mmg top n nasi lemak dia pon sedap tp la nie mcm ade kureng skit..cumanya kt sini jela blh dpt nasi lemak dgn hrg sen-sen sbungkus…kdg2 ade gak dtg mkn kt situ bila sesekali teringin…my favy smbal petai n kerang..

  5. tetiap malam aku pi singgah sini dulu lepas karoks… sudahnya berat badan aku naik sebab tetiap malam aku bantai 2 bungkus walaupun tanpa lauk pauk… tp rasanya lagi sedap nasi lemak bapuk kat pasar chowkit pun operasi waktu malam cenggini gak

Comments are closed.