Kenapa Saya Layak Dinobatkan Sebagai “Blogger MasterChef Yang Pertama”

Korang suka memasak?
aku suka. walaupun aku tak pandai tetapi semangat itu yang penting.
bila semangat ada, dimasak pula dengan penuh kasih sayang, pasti masakan itu menjadi sehebat masakan chef di hotel terkemuka.
tak percaya? tak percaya sila baca entry ini sehingga ke penghujungnya.

semangat aku semakin membuak buak bila dapat tau yang MasterChef Malaysia akan dilancarkan pada 22 Oktober 2011 nanti.
yes, u read me. Masterchef Malaysia ok…
Program MasterChef TX ini akan ditayangkan mulai 22 Oktober 2011 setiap hari Sabtu hingga hari Rabu jam 9 malam.
Manakala Master Class pula pada setiap hari Jumaat jam 9 malam.
Semua pun akan ditayangkan di Astro Ria, channel 104.

Korang pun tau kan program Masterchef ini adalah fenomena duniawi. atau dalam bahasa Inggerisnya worldwide phenomenon.
Rancangan realiti memasak yang walaupun tak perlu penonton nak undi segala, tapi dah mencapai rekod tontonan tertinggi di US dan Australia sana.
Program Masterchef ni terkenal bukan saja sebab hidangan yang di pertontonkan, tapi juga sebab tukang masak amatur yang memasak berlumba untuk menunjukkan bakat masing-masing.
Dan nah… sekarang Masterchef sudah berada di Malaysia. uhuu…

Walaupun bakat masakan aku tak seberapa, tapi aku nak juga mencuba nasib dengan mempertaruhkan resepi aku yang dibawah ini.
Amik kertas dan salin ya.
eh sebelum masak kita pakai apron bertuah dahulu.

SALAD UDANG

Bahan A

– 20 ekor udang (dibuang kulit dan kepala)
– 10 gram daun ketumbar (dicincang kasar)
– 1 biji limau nipis diambil jusnya
– 1 sudu besar air gula
– 3 sudu besar air gula
– 3 sudu besar sos cili thai

Bahan B (untuk sayur)

– 1 labu bawang besar
– 1 biji tomato
– 4 tangkai cili merah

Cara membuat

1. Rebuskan udang dengan garam dan sedikit air
Kemudian toskan
2. Hiriskan semua sayur
3. Perahkan lemon dan gaulkan dengan sos cili thai
4. Gaul rata semua bahan
5. Tuangkan sos cili thai ke dalam mangkuk sayur
6. Sedia dihidangkan

menggiurkan tak? jangan tipu, tak baik. dosa.
ok la ok la kalau tak menggiurkan takpe.
tapi harapan aku tetap menggunung tinggi supaya dipilih sebagai peserta “Blogger Masterchef Malaysia”

korang kalau nak tau lebih lanjut tentang Masterchef Malaysia ni boleh ke Official Site di http://www.astro.com.my/MasterChef/ ATAU Facebook Page di http://www.facebook.com/MasterChefMalaysia ATAU follow mereka di www.twitter.com/MasterChefMalaysia

Kenapa saya layak dinobatkan sebagai “Blogger MasterChef Yang Pertama?”
Kerana saya tidak pernah berputus asa belajar memasak resepi yang baru dan walaupun kadangkala masakan saya tidak menjadi, tetapi saya terus cuba dan mencuba lagi.
Selain itu saya juga mempunyai semangat dayasaing yang tinggi untuk berentap dengan tukang masak amatur yang lain.
Jadi, sebab itu lah! 😀

18 thoughts on “Kenapa Saya Layak Dinobatkan Sebagai “Blogger MasterChef Yang Pertama”

  1. Betul Mya! Semangat itu penting … lama2 kita akan bijak juga! Awak pun macam saya…nk cuba masak macam-macam. sampai pernahlah apa yg dimasak dimakan oleh tong sampah. Ini memang tak tipu.

    Tapi bila semangat melonjak saya terus mencuba sampai sekarang! Harap-harap dapat buka cafe ala santai suatu hari nanti. Amin.

    • kalau semangat ada, apa yang tak tahu pun akan jadi tahu kan?
      saya doakan awak dapat buka cafe satu hari nanti. amin jugak 🙂

  2. setuju. org pun tak pandai masak sangat..bolehlah sesedap tekak sendiri. tapi tetap mencuba. sebenarnya benda yg tak pandai pun boleh jadi pandai bila dah berlaki..betul tak? kena pandai2 la nak hidup kan….
    so, best of luck to u kakak!

    • heee resepi cincai boncai ikut sedap tekak jer tu.
      tapi boleh la kalau awak nak cuba..
      lepas tu blog kan ek..

  3. satu lagi..walaupun xtahu masak..rupa paras masakan xmenarik ke hapa..yag penting memasak tuh lahir dari keikhlasan hati si tukang masak untuk menyediakan makanan 😉

Comments are closed.