Ini Bukan Open House Ya…

penghujung syawal hari tu aku buat makan-makan sikit kat rumah.
ini bukan open house tau. sekadar makan-makan secara kecil kecilan saja.
so harap takde yang terasa hati ke apa sebab tak dijemput.
insyaAllah ada rezeki tahun depan, aku gilir gilir plak menjemput orang.
eh patutnya ayat ni kat hujung entry, yang aku dah tulis sesiap kat awal entry napa?
ah bedal jer la eh.

ok sebelum amik keputusan nak buat makan-makan ni, harus 7 hari 7 malam aku berfikir.
nak buat ke tidak ke, nak buat ke tidak ke.
pertamanya sebab aku ni tak pandai masak. so nak jamu orang makan apa.
keduanya dengan keluasan rumah aku yang sekangkang monyet ni.
kang ramai ramai datang, mana plak korang nak duduk.

tapi lepas fikir punya fikir punya fikir, sebab tahun ni banyak berlaku hal hal yang menggembirakan dalam hidup aku, makanya aku teruskan jugak niat ini.
dan berusaha untuk buat sehabis baik supaya semua orang gembira. begitu.
majlis nya hari sabtu. tapi dari hari khamis lagi aku dah siapkan bahan-bahan.
aterrrnya aku sorang nak memasak ok. jemputan dianggar dalam 50 orang. ramai jugak kan?

dan taraaa… inilah yang aku masak.
sup daging / tulang. 2 periuk besar aku masak.
bihun. nasi himpit. kuah kacang. makaroni goreng.
apam polkadot order kat shida.
pastu buah tembikai kegemaranku.

air aku buat oren dengan sirap.
yang datang awal minum sirap kot sebab tunggu encik z beli ais untuk buat air oren lambat bebenau.

percubaan kedua membuat kek batik.
tq ita sebab bagi resepi. dan bagi sokongan juga. wah sokongan katanya.


: : biskut raya pun ada : :

tetamu pertama yang sampai ialah amy dan anak-anaknya.
ikut plan dia nak tolong aku masak.
tapi dah aku berjaya melakukan seorang diri, so dia tak jadi la tolong aku.
pastu sid dan & haziq sampai.


: : fay singgah kejap je sebab ada show pastu : :


: : ila, adha, alieyah & fahim : :


: : nizam, sham, haron. tiga-tiga available tau. sapa anak dara mau boleh contact aku. #eh : :


: : lynn, amy, ernie : :


: : zairul & ikin pun ada : :


: : syana dan iman pun ada memeriahkan suasana : :


: :  mimie si tokey kek : :

aku ralat sebenarnya sebab tak dapat borak lama dengan ernie.
aku suh dia stay sampai tertidur tidur. tetamu plak tak putus putus.
so memang tak dapat borak. bila mau jumpa lepak lepak sesembang lama-lama friend?


: : farihah sekeluarga : :


: : suli & jue pun ada datang bersama suami memasing : :


: : jocko & intan : :


: : retna & ross : :

tengok belakang tu dah gelap kan.
walhal jemputan aku patutnya sampai pukul 6 petang camtu  jer.
tapi takpe, walau jam 12 tengah malam pun, anda masih dialu-alukan. gitu.


: : salleh & tasha : :


: : tengah tunjuk kat kakred message ugutan dari anonymous. kalau diblog kan ni memang meletup meletus pom pom : :


: : topik perbualan ‘redmummy  berlagak’ : :

kak, beg ni yang harga RM*********K tu ek?

eh hello… RM*********K ok??

kau mampu?

pastilah tidakkkkk… tumpang posing sudah…

: : eh ada lagi diorang. sebenarnya diorang nak gerak, tapi aku tak bagi. sebab diorang tetamu terakhir, kena layan aku borak : :


: : dari duduk atas kerusi, duduk kat lantai plak. masy dan kawannya apa ke nama lupa plak akak : :

dan oleh sebab tetamu terakhir, aku dera lap lantai.
muehehhehehhehe…

total yang turn up 33 orang. ok la tak mengecewakan.
yang tak dapat datang tu takpe, aku faham. kot.
kalau ada kekurangan di mana mana, maafkanlah hamba pacal yang hina ini ya.
harap takde sapa yang balik sakit perut ke hapa.

and guess what, makanan ngam ngam.
tak berlebih, tak berkurang. alhamdulillah. aku dah pandai bajet la pasni.
seronok eh buat makan-makan ni.
insyaAllah ada rezeki panjang umur aku akan buat lagi tahun depan.
eh macam repeat ayat kat atas jer.

ok la dah tu jer.
selamat hari raya. maaf zahir batin! muahsss… (K)

42 thoughts on “Ini Bukan Open House Ya…

  1. ehhh nape gambar saya takde? 😛
    hai tembikai! #tetiba

    UGUT??!!! sila blog kan.

    • boleh boleh.
      dan saya akan make sure tahun depan saya akan ke rumah awak jugak..
      jemput saya tau. heeee…

    • banyak la awak punya katering.
      ni masak pun hampir2 putus nyawa oteee…

      amik gambar dgn beg jer la.
      nak beli sendiri 10 thn lagi pun tak mampu u…

  2. eh eh, curlasst ko normaya….. hebat tuh masak sensorang…hehehehe

    yg last2 tu, dr dok atas kusi smpi nak masuk bwh meja berborak ye, best kan sesekali together2…. 🙂

  3. tahniah kerana berjaya membuat kek batik tu..syabas beteh!:)
    *sedang menunggu juga jika ada siaran ulangan sesi buat kek batik tu..leh rasa..lalalaalalalala*

    • heee tunggu tunggu…
      akan ku buat lagi.
      hari tu tak sempat nak bawak bagi ko sikit.
      habis licin boliau masa yg 1st time aku try tu..

  4. ehhh baru kuar erk entry ni..
    i ingat i yg terlepas baca.. rasanyer takde lagi..
    anyway, thx beb sbb jemput & melepak kat rumah u lama2..
    hehehe

    • hehe i lambat update. sadis kann…
      tq jugak u dtg jauh2 siap sesat barat.
      pasni tak sesat dah la kan..

  5. betul x 3…mmg seronok organize makan2 nih, takper buat sikit2 pastu leh up lagik ikut kemampuan yg penting ikhlas tau, banyak2 tp tak ikhlas pun tak guna kan 😛 weldone (Y)

  6. next year, jemput saya ye..
    hari tu saya tnya akak ada buat open house, akak cakap xde ..:(

Comments are closed.