Hujan di Taiping

last week aku balik taiping.
hari sabtu bawak yaya jalan-jalan.
mula-mula gi ke kaki bukit larut, encik z la ajak ni.
sebab tak pernah sampai kot. kesian.
dia kata nanti satu hari dia nak daki ini bukit larut.
suka hati kau lah encik z.
aku dah pernah daki dulu masa form 5.
boleh tahan sempotnya..

dari kaki bukit larut yang sejuk dan nyaman itu, kami ke taman tasik.
memula plan nak naik swan.
tapi boleh naik 2 orang je kan. aku malas nak mengayuh.
suh yaya naik dengan encik z katanya nanti mommy tinggal tak best.
sudahnya naik tongkang lah kita.
dewasa RM4. kanak-kanak RM3.
walaupun cam khuatir akan keselamatan tongkang nie, tapi ku gagahkan juga.

dalam tongkang ni ada diletakkan seekor kura-kura.
adalah comel bila tengok dia panjat keluar dan masuk dalam air.
cam tak lepas lepas gitu tapi beliau tidak berputus asa.
syabbas kekura.. anda memang kuat semangat!

lepas naik tongkang kami ke kasyer untuk minum laici kang telur.
yer dah banyak kali kot aku blog kan.
laici kang ini adalah istimewa sebab ada telur burung puyuh di dalamnya.
kami 2 beranak memang suka sangat meminumnya.

encik z memang tidak lah.
dia mana makan minum bebenda pepelik gini.
jadi dia minum black mountain.
sejenis ABC yang menggunakan gula merah dengan super banyaknya.

eh cam tak sebut plak taiping yang hujan macam tajuk entry ni ek.
takpe kot. tak semestinya tajuk entry kena sama dengan isi entry kan?

16 thoughts on “Hujan di Taiping

  1. adoiyaiii ending tak boleh blah kak..hahahha!
    suka kamu la kakak..aterr blog kamu kannnn hehe 😛

    • takde la kurus mana akak ni.. gitu2 gak..
      hah tapi awak mmg akak nampak makin sihat nih..
      jaga2 yang.. nanti baju kawin tak muat. huhu…

Comments are closed.