Ustajah Normaya

hari isnin lunch dengan ernie.
dia cuti lagi, so dia turun KL semata mata sebab nak pass kan aku barang.
sebut ‘barang’ macam jual dadah je kan? :-p

pukul 12.45 tengah hari dah berjumpaan dengan ernie kat sogo.
terus ke restoran krung the thai untuk lunch.
ernie amik air mango.
aku amik air fresh orange.
lazat nya fresh orange kat sini.
cam dah lama jer aku rasa tak minum fresh orange kot.

aku makan pineapple fried rice.
mati mati ingat akan diserve dalam nanas.
tapi takder 🙁 dalam pinggan je #sentaphatimaknak
portion membanyak. RM15 kata ko harganya.
last last separuh tapau bawak balik.

ernie makan nasi goreng belacan.
dan ada ulaman ulaman kat keliling.
so tips untuk makan, sila campur gaul semua sehingga mereka bersatu padu.

usai makan, jalan kejap kat bahagian kanak kanak.
ernie mau beli kasut untuk nur’ain shah.

: : posing alaf baru : :

oh di hari kejadian aku pakai kurung pink dengan tudung bawal putih ni.
belah depan tu aku takde silang or pin kan ke tepi.
aku biar je tutup dada.
dah tak pasal ramai orang panggil aku ustazah normaya.

haisyoo layak ke.
kalau ustazah tak pakai kot baju kalerful camni.
tak pakai kot tudung jarang warna putih camni.
walau macam mana pun, mana tau berkat doa korang, aku boleh jadi ustazah.
ustazah di hati anak anak 🙂

ok ini adalah barang yang dipass kan oleh ernie.
satu paperbag tudung dia bagi kat aku.
terharu sebak sedih syahdu semua ada.
thanks friend! *hugs ketat ketat

malam tu jugak aku mesinkan semua tudung tudung ni.
memula ingat nak basuh tangan, tapi cam banyak gila, tak larat.
tapi aku buat speedy. so tak sampai setengah jam kot basuhnya.

aku rasa memang aku tak payah beli tudung lagi kot dalam masa terdekat ni. dah banyak sangat rasa.
mula mula kaktin bagi, pastu kak as, ni ernie plak.
eh nida ada janji jugak nak tolak timbang kati kat saya kan? 😀

tak puas rasa sejam lebih borak ngan ernie.
cam banyak nya rasa topik tak tercover.
rindu sangat aku pada kawan aku sorang ni.
raya hari tu pun tak sempat nak jumpa.

ernie, aku sayang ko sangat sangat yer.
ko kena ingat tu.
walau macam mana pun, semoga persahabatan kita kekal abadi yer.
(L) (L)

34 thoughts on “Ustajah Normaya

  1. saya suka persahabatan yg sebegini (Y)

    bila la agaknya nak berjumpa2an dgn kak ernie nie…

  2. owh kami tolak je tak payah timbang kati..

    nanti kita set lah bebila nak jumpa-jumpaan ya..

    • gila tak sayang.
      dah la tolong repair blog aku.
      ajar aku menjahit.
      teman gossip.
      geng setudung.
      ajer gila tak sayang

  3. berhijab???ye ke ni??? sorry blur sikit..x faham arr hahahha
    jika ye..syukurrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrrr (semoga aku juga berkekalan..amin :D)

    • yer nokss.. aku dah berhijab sejak 20 ramadhan yang lalu.

      eh ko pun dah berhijab jugak kah?
      alhamdulillah.. semoga berkekalan ya. amin amin..

  4. tahniah utk akak sebab berhijrah kepada sesuatu yg lebih baik. u look nice when wearing the hijab..moga akak terus kuat

Comments are closed.