Takut Tak Kena Gaya

cerita hari khamis.
rasanya sejak aku bertudung, first time kot aku pakai skirt dengan kemeja.
sebenarnya tinggal ni je pun satu skirt yang aku simpan.
skirt lain yang lebih singkat dan ketat, aku dah lanting lanting dah.

ko jangan taktau, berejam aku depan cermin try semua skirt nak tengok sesuai ke tak dengan imej bertudung aku ni.
dan last last skirt ni je yang terselamat.

tapi tu la hari khamis hari tu, aku pakai la skirt ni dengan kemeja. dan tudung bawal pemberian kaktin.
aku memang suka pakai tudung jatuhkan je depan tu, tapi dengan skirt dan kemeja ni aku rasa macam kurang sesuai.
sebab tu aku pin kan kiri dan kanan.

encik z bebel bebel suruh aku jatuhkan, letih ler aku nak pujuk dan explain.
sebab walau dah bertudung, aku taknak la cam tak kena gaya.
pakai skirt yang agak mengetat, kemeja plak pendek.
tup tup tudung melabuh.
ini pandangan aku yer.
pandangan korang mungkin berbeza.

pepelan aku memang nak get rid semua baju baju yang aku rasa tak sesuai.
tapi kalau aku nak buang semua, apa plak baju yang tinggal aku nak pakai gi office kan.
lain la kalau tetiba encik z kata ‘jom shopping 20helai baju’
haaa kalau gitu mungkin baju seksi-seksi boleh dicampak ke tepi.

pelan pelan kayuh la kan..

35 thoughts on “Takut Tak Kena Gaya

  1. insyaaLLah…
    islam itu mudah..
    tp jgn diperlecehkan
    Allah sentiasa melindungi hambanya yang ingin ke jalan yang diredhai..

    all the best maya
    suka tgk maya bertudung…

  2. okeylah tu xdelah menonjol ke apa
    akak buatlah jualan pre loved
    mana tau kalau ada yang berminat

    • kemeja melabuh aku ada banyak gak la tapi untuk jalan jalan.
      gi office kurang sesuai.
      aku nak banyakkan baju kurung je la kot pasni. senang nak matching tudung

  3. betul sangat ,pelanΒ² kayuh yer . kalau semua baju bajan sudah dilanting lanting ..karang ada plak yg pakai baju kelawar pi keje kekekeke .

  4. kami ada kemeja belle kaler matching ngan skirt + tudung hangpa tuh.. nanti kami bagi hangpa.. rasanya muat kat hangpa kot.. kami beli suka2 ja.. udahnya tak pakai pun.. kikiki..

    eh kami suka blouse hangpa p night safari tuh?? beli mana lah

    • biar benar?
      hello.. saiz badan kami dgn hangpa mcm langit dgn bumi okk…

      baju purple tu eh?
      beli kat parkson alamanda. alamak apa ke tajuknya.
      hah. south india.
      masa tu ada sales he he he

      • kikiki… jauh la kan langit ngan bumi tu..

        pastu kan kami ada beli abaya terlebih saiz gak.. gedobok.. ingat kalo hangpa muat, dan mau bleh la tolak bagi diskaun sikit..

        ooo south india eh.. alaa bila lagi kami nak p parkson alamanda.. situ memang best la.. shopping baju muhammad pun kat situ haritu.. meriah

  5. it’s ok sis..yang penting istiqamah. Kang drastik sgt , pastu drastik berubah balik tak best plak kan..huhu ( naudzubillah).

    adik akak ni pun kdg2 masalah gak bila pakai ngan uniform , kadang2 tudung kene masuk dlm..tp kena cover ngan selendang la sket..hehe.

    apepun , love your penghijrahan , sejuk tengok ! semoga istiqamah dan berkekalan. Amin πŸ™‚

Comments are closed.