Membina Hati Bahagia

currently reading : Membina Hati Bahagia by Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj

actually buku ni aku dapat dah lama dah.
masa mula mula aku joint B**, dgn JSP. teambuilding kat bangi tak silap aku.
tapi masa tu baca buku ni cam ala ala sipi sipi jer.
hari tu kemas kabinet office, terjumpa. terus bawak balik dan diheret ke sana ke mari.

ada banyak artikel sebenarnya. dan mostly untuk wanita.
tentang rumahtangga, tentang kesabaran, tentang kebahagiaan, tetang diri sendiri, tentang wanita.
seriously worth reading.
sebenarnya untuk kita memperbaiki diri kita memang perlu banyak membaca.
dan menghadiri majlis ilmu.
kadang kadang ada benda benda yang kita memang tau, tapi kita taknak dan tak cuba untuk praktikkan.

oleh sebab kita masih dalam mode syawal, aku share kan artikel 41 untuk panduan dan pedoman kita bersama.
agak panjang. take your own sweet time untuk membaca dan menghayatinya, ote?

HAK ANDA UNTUK MEMAAFKAN ATAU TIDAK

Memang kita berhak sama ada hendak memaafkan ataupun tidak.
Setelah seseorang melakukan kesalahan terhadap kita, kita berhak sama ada untuk memberinya maaf ataupun membiarkannya terus dengan dosa-dosanya itu.
Kita boleh bersorak ria kerana mendapat pahala hasil perbuatan jahatnya terhadap kita manakala dia pula akan memikul dosa-dosanya hingga hari kiamat.

Bagaimana? Terasa lega?

Sesetengah orang memang begitu.
Maaf sesuatu yang amat berharga dan tidak mudah memberinya walaupun diminta.
Apalagi jika maaf itu berpunca dari satu kesalahan yang disengajakan dan amat menyakitkan hati.
Tidak mudah hendak berkata “Sama-samalah kita” setelah seseorang itu meminta maaf.
Dalam hati terdetik,”Padan muka engkau, umpat aku lagi, tipu aku lagi, sakitkan hati aku lagi, sekarang tanggunglah dosa-dosa engkau sampai Kiamat”

Bagaimana, apakah anda termasuk dalam golongan ini?

Memang tiada salahnya pendirian seperti itu, sebab ia akan menjadi satu pengajaran yang amat bagus kepada si pesalah tadi.
InsyaAllah dia akan serik tidak akan mengganggu anda lagi.
Itu juga menandakan ketegasan anda dan pendirian anda yang tidak mudah goyah.
Sifat ini memang dimiliki oleh orang-orang yang kental jiwanya dalam menempuh hidup.

Tapi tahukah anda kesalahan yang tidak diselesaikan dengan maaf di dunia ini akan berlanjutan hingga ke Akhirat?
Di sana orang yang bersalah terpaksa memberikan pahala kebaikannya untuk menebus maaf daripada orang yang pernah dizaliminya.
Hingga akhirnya dia muflis dan kerana itu dia dilemparkan ke Neraka.

Begitulah besarnya implikasi “maaf”.
Sekali lagi, sama ada anda bertegas untuk tidak memaafkan ataupun memberi maaf, ia barangkali penentu kepada nasib seseorang yang bermasalah dengan anda di Akhirat.
Mari kita cuba renung satu kisah yang berlaku pada zaman Rasulullah s.a.w dan buatlah pilihan sama ada bertegas tidak memaafkan ataupun sebaliknya, pilihan memang hak anda.

Suatu hari, tatkala melihat Rasulullah s.a.w. tertawa sendirian Saidina Umar pun bertanya apa sebabnya.
Jawab Rasulullah s.a.w, “Ada dua orang umatku yang memperhitungkan hak-haknya. Yang seorang berkata, “Ya ALLAH, berikanlah hak-hakku yang dizalimi oleh orang itu.”

Berfirman ALLAH SWT, “Berikanlah haknya yang telah engkau zalimi itu!”

Menjawab orang yang dituntut itu dengan sedih, “Ya ALLAH, wahai TUHAN-ku. Sesungguhnya kebaikanku telahpun habis semuanya, maka tiadalah lagi yang dapat aku berikan kepada orang ini.”

Dijawab oleh orang yang menuntut itu, “Oleh itu engkau mesti menanggung segala dosaku sebagai gantinya.”

Tatkala ini kelihatan Rasulullah s.a.w mengalirkan airmatanya menahan kesedihan lalu meneruskan sabdanya, “Kemudian ALLAH S.W.T berfirman kepada orang yang menuntut itu, “Angkatkanlah kepalamu dan lihatlah Syurga.”

Apabila dilihat oleh si penuntut itu Syurga yang penuh di dalamnya kota-kota yang berlantaikan perak dan gedung-gedung indah daripada emas bertakhtakan perak, bertakhtakan intan permata, yang elok-elok, dia bertanya, “Apakah itu semua untuk Nabi-nabi atau apakah untuk orang yang syahid?”

Maka dijawab oleh ALLAH S.W.T., “Itu untuk sesiapa saja yang sanggup membayarnya!”

Maka kata si penuntut itu, “Ya ALLAH, siapakah yang memiliki harta yang banyak untuk membeli Syurga yang amat hebat itu?”

Di jawab oleh ALLAH S.W.T., “Engkau pun dapat membayarnya, iaitu dengan mengampuni orang yang telah menzalimimu itu.”

Maka kata si penuntut itu, “Kalau begitu aku sanggup mengampuni dosanya terhadapku!”

Firman ALLAH S.W.T., “Pimpinlah tangan orang itu bersama-sama ke dalam Syurga itu.”
Kemudian Rasulullah s.a.w. bersabda, “Maka berbuat baiklah kepada saudaramu sesama Muslim”

10 thoughts on “Membina Hati Bahagia

  1. yelah..insaf
    moga2 kita tergolong dlm golongan yang memaafi kesalahan org2 lain..insyaalah

    saya maafkan sis yer [eh..tetiba!]

  2. thanks for sharing kakak sayang ! tak rugi kita selalu bersangka baik dan memaafkan org lain…Allah tu lagi Maha Pengampun dan Pengasih.. 😀

    • insyaAllah.
      dgn dunia yg sementara ni, apa lagi lah yang kita cari kan.
      bersangka baik, memaafkan, sentiasa bersabar. mudah mudahan kita diberi ganjaran syurga olehNya

Comments are closed.