Libas Melibas

hari tu aku dapat tiket dari kak red untuk nonton screening filem libas.
eh memula jocko dah offer tiket, tapi sebab timing tak sama dengan amy, terpaksa aku tolak.
aku amik yang kakred punya.
aku gi seorang diri sebab encik z ada hoki.
tapi sebab dekat jer pun, 5 minit dari jasmine. tu yang aku redah jer.

balik dari office dengan hujan melebat.
keluar nak ke wangsa walk pun hujan masih melebat.
dah la pusing pusing nak cari parking punya la payah.
apa ke ramai ramai manusia buat kat wangsa walk ni ntah.

lepas dapat parking, terus gegas ke TGV collect tiket.
katanya dah boleh masuk dah, masa tu pukul 8.50 malam camtu.
pukul 9malam tepat dah start.
aku keluar jap pukul 9.15 camtu sebab ada janji dengan orang nak beli #bantalsejuk.
kelas kau jah. sempat lagi meniaga kan.


sinopsis filem LIBAS

LIBAS merupakan sebuah kisah perebutan bola raga pusaka dari zaman Kesultanan Melayu Melaka yang telah jatuh ke tangan negara jiran, Thailand. Raja Libas berusaha bagi mendapatkan semula bola raga pusaka dipertandingan “Libas” yang merupakan satu pertandingan/pertarungan sepak takraw yang diadakan secara unik dan bersifat brutal serta menggabungkan kepakaran seni mempertahankan diri dan skil sepak takraw itu sendiri.

Lantaran itu Raja Libas terpaksa mencari muka-muka baru untuk dilatih bagi menentang pasukan lawan dan seterusnya memastikan supaya maruah negara dapat ditebus semula. Pencarian Raja Libas membawa kepada penemuan Hamidi seorang pemuda bandar yang mempunyai skil menimbang bola dan Ku Mok seorang lelaki gemuk yang mempunyai tandukan tajam dan berbisa. Bagi melengkapkan 3 pemain, maka Megat telah menawarkan diri.

Dalam masa yang amat singkat Raja Libas terpaksa menurunkan segala ilmu tentang LIBAS kepada Hamidi dan Ku Mok yang masing-masing tidak tahu langsung bermain sepak takraw.

Menjelang perlawanan pelbagai kejadian menimpa pasukan negara didalam memastikan kemenangan. Pasukan negara terpaksa bermain dengan 2 pemain apabila salah seorang dari pemain mereka tersingkir. Pasukan negara jiran menggunakan teknik berbisa sehingga pasukan negara mengalami kecederaan parah sewaktu perlawanan akhir.

Disamping sedang menghadapi masalah tentang pertarungan sepak takraw, Raja Libas juga terpaksa memikirkan konflik percintaannya dengan Ratna. Apakah yang bakal terjadi kepada Raja Libas dan pemain-pemainnya? Bagaimanakah kesudahan konflik percintaan diantara Raja Libas dan Ratna? Saksikan semuanya di dalam “LIBAS”……

akan menemui penonton di pawagam pada 29 september 2011 nanti.
so korang yang suka permainan sepak raga / sepak takraw haaa boleh la gi nonton.
ada a few aksi yang lawak lawak jugak la aku tengok.
sebab ada johan raja lawak tu kan.

pada pendapatan aku yang tak seberapa ni, ermm 3 out of 5.
sebab aku taktau kenapa cerita ni macam laju sangat. cam cepat sangat kot jalan ceritanya.
ntah. ke perasaan aku jer sebab aku lapar. *tak relevan langsung

habis je tayangan amy ajak stay jumpa artis tapi aku pemalas lipas betul.
rosyam nor je kot. dah pernah jumpa pun.
lain la kalau beto kusyairy ke, riz ainuddin ke, harus aku sanggup menunggu :-p

apa apa pun tq kakred for the tickets. 🙂

15 thoughts on “Libas Melibas

    • kalau redza? mungkin malu sikit kot sbb kerja satu tempat kan.
      nanti mesti dia cam eh minah ni cam ku kenal. he he he..

  1. hehee sbb perot lapar teros rate rendah
    lawak gak tu

    tp bile baca sinopsis agak pening aku nk paham
    ke sbb aku pn tgh lapar

  2. eh kami rasa cam nak beli bantal sejuk tu lah untuk muhammad..

    *ok komen xde kaitan ngan entry

Comments are closed.