Jumpa Muhammad

ke shah alam untuk memenuhi jemputan nida.
rasanya tahun ni jer dah berapa kali kot aku gi rumah nida.
harap harap dia tak memboring la balik balik si maya nie jer yang datang. :-p
tapi kalau muhammad selalu tengok muka aku, mesti nanti dia kenal, mesti dia mesra dengan aku kan kan kan…

nida masak nasi tomato, ada nasi himpit dan satay juga.
masa aku sampai ada satu family jer pun.
lepas diorang gerak, memang aku ngan encik z je sampai ke sudah.
terus tak tau malu tambah makanan dan lepak lepak macam rumah sendiri he he he.

lepas asar baru gerak balik. encik z tanya gak nak jalan mana mana ke.
being me yang suka nau jalan sana sini.
aku kata balik terus lah. aku ngantuk dan badan cam letih bebenau rasa.
dalam kereta aku terlena. sampai rumah, maghrib terus lena.
kena amik supplement lah. dah tua tua ni badan cepat benau lemah longlai. tsktksk.

eh lupa nak cakap terima kasih kat nida & jeff.
tq ya korang. mai la datang beraya rumah saya plak 🙂

13 thoughts on “Jumpa Muhammad

    • betul wey.. memang faktor umur la..
      sekejapan je dah rasa penat.
      walhal patutnya mcm aku ni apa la yg penatnya.
      bukan ada anak kecik kat rumah.
      bukan masak nau pun. bukan buat kerja rumah mana pun.
      tapi tatappp letih sokmo..

  1. terima kasih sebab datang.. nanti kami pegi rumah hangpa pulak..

    Muhammad kata lawa mommy Maya pakai tudung. Mula-mula tak kenal sebab tu la rengek2.. bila dah tau itu mommy Maya, baru la nak main dan bergambar sama.. kiki..

  2. seiring dgn peningkatan umur..memang cepat nau badan rasa letih.
    org rasa supplement tu kita patut amik seawal umur 25 tahun la kan…
    tapi dasar pemalas camnilah…sampai umur sekarang pun nan hado supplement nye!

Comments are closed.