Apa Punya Mimpi Daaa…

korang,

3 malam sudah kan. 3 malam sudah aku mimpi redza minhat.
hari tu aku mimpi dia jugak lepas aku tengok trailer KIL.
lepas tu ni aku rasa aku mimpi dia sebab kami berbalas balas tweet di twitter.
over kan. berbalas tweet pun sampai masuk dalam mimpi.

tapi kan. redza minhat ni memang baik tau.
tweet aku selalu pun mesti dia reply. kira dia menghargai peminat la.

ok berbalik pasal mimpi.
selalu kita mimpi mesti cam sekejap je tul tak.
ni aku mimpi lama ok. cam dah jadi satu telemovie aku rasa.

dia stay kat satu apartment ni. aku ada member stay kat apartment sama.
tapi member aku ni tak pernah wujud pun di dunia nyata pun.
so aku pun selalu la gi rumah member aku ni sebab nak skodeng skodeng si redza.
sampai lah akhirnya berkenalan dan berkawan.
siap dia ajak datang rumah bagai.

rupa rupanya member aku ni pun ada hati dengan redza.
ada satu malam tu redza ajak kitorang berdua keluar dinner.
siap aku fikir fikir nak pakai baju apa, tudung apa semua. macam real lah.
pastu berebut dengan member aku tu siapa nak duduk depan dalam kereta.

berebut sampai gaduh gaduh nak bunuh bunuh bagai. apakah??
last last redza pilih aku. terus kata nak bawak aku jumpa mak dia kat kampung.
dalam masa seminggu nak nikah. sungguh niyang rapik mimpi aku bukan.

pagi isnin cerita ceriti dengan payiet.
payiet kata ada cerita pasal redza dalam kosmo.
aku tak beli paper, so try try la google.
google punya google terjumpa gambar kahwin dia.
gambar kahwin redza ek, bukan gambar kawin payiet.


: : makan hati ok.  beruntung kamu aidira. gambar credit SINI : :


: : heyy aku pun pernah bergambar dengan dia tau. walaupun dia tak pernah kenal aku. heh : :

yer, aku dengan dia kerja kat tempat yang sama. kat B**.
selalu jugak aku terserempak dengan dia dalam lif.
bila nampak dia jer terus aku terkaku membisu. nak tegur tapi malewwwww….
*panggggggggg

kalau ada sesiapa masih blur blur siapa redza minhat ni, dia salah sorang pelakon filem pisau cukur.
selain kerana fazura, kerana redza minhat ni jugak la aku dok nonton pisau cukur lebih lapanploh kali tak jemu jemu.
siap berangan jugak nak bagi nama anak redza.


: : kenapalah kau begitu comel wahai redza?? *tarik rambut : :

eh aku ada baca kat satu blog tau.
minah ni punya la frust menonggeng bila dapat tau redza nak kawin.
sebab dia sudah ada plan nak jadi wartawan hiburan.
pastu nak berkenalan dengan redza.
pastu nak tukar tukar no handphone.
kemudian akan membuatkan redza jatuh cinta dengan dia.
gila punya planning kan.

so dia punya frust tak ingat ingat.
ada la orang komen kata memang ramai gadis gadis pengsan bila dapat tau redza nak kawin.
tapi dia jawab kata, dia bukan setakat pengsan, tapi nak mati.
haisyoo la..
penangan shahredza minhat kan.

apa apa pun, kenangan berdialog singkat dengan beliau tetap terpahat di hati ku.

i didn’t get your name.

mya.

i’m redza.

oh, of course i know! (dalam hati)

:-[

ok nak masuk tidur sekarang dengan harapan mimpi redZAlmi plak.
bye.

29 thoughts on “Apa Punya Mimpi Daaa…

  1. adehh..apa nyer merepek kerepek mimpi ni kan
    saja tau buat kita berimaginasi..nasib ko tak mimpi basah..opsss..
    tapi kan..jln citer mimpi itu adalah sebijibijik ngan aku juga..tp watak utama adalah shaheizy sam..huwaaa
    siap dia datang raya kat umah aku..pastu gambo raya ngan family aku..siap tgn atas bahu aku..huwaaa..kenapalah hanya didalam mimpi..pastu time aku dh kawin lak mmpi gitu..tenseeeennnn..masa single mingle takmo lak mimpi gitu kan..
    baru2 ni mimpikan kamal adli pulak..haishhh..begitu charming nyer beliau dlm ana lulu smpai terbawa2 dlm mmpi..rasanya leh rasa aku tdo dlm senyum masa mimpi tu..hahahahah..nasib la mimpi..kalo jadi realiti..maut la nak tahan2 diri sbb cemburu bercinta n berkasih ngan org tkenal cmtu..huhuhu

    • heheh..
      terbawak2 kita ni kot ek..
      agaknya feel sangat masa tweet/nonton terus masuk dalam mimpi.

      tapi takat mimpi ok jer la kot kan.. nama pun mimpi mainan tidur..
      mesti husband kita kata kita ni merepek repek kan hikss..

  2. pernah sekali dua mimpi artis lelaki. bila cerita kat sang suami, terus #sentap…
    katanya dia tak pernah mimpi artis perempuan lain.
    hahaha! apa punya bini daaa… 😛
    tapi tapi tapi
    ….
    ooh gigi besi..kenapalahhh kau begitu comel (U)

    minggu raya hari tu banyak mimpi yg bukan2 hokeyyy… tsktsktsk

  3. ahaha.. comel je ending entry ni..

    owh sangat comel redza dalam iklan raya kat chanel DIVA

  4. mya… erin rasa dia pun jenis amik tau gak saper follower kat twitter dia..
    byk kali gak terserempak n naik satu lif ngan dia…sure dia mcm senyum2 and pandang..mesti dia cam kot salah sorang follower dia ni wakakak 😀 maluuuuuuuuuu…
    rasa nak sorok je muka time tu…ekekek 😀

  5. sumpah secara spontaneousnyer sy gelak terbahak-bahak..oh tidak, gelak sopan saja…sy pun pernah bermimpi gak tp semuanya menakutkan saja jadi takmo revealed lah (H)

  6. dulu masa dia kawin
    budak departmetn dia ada lah dpt invitation…
    dia ajok kan…
    bagos gak kan dia

    pastu ari2 tengok dia berselisih bahu pun
    dok tertanya2..di manakah hensemnya mamat nieH
    tetiba tgk kat sini
    ahhh..acik jatoh cinta dengan gambar atas kusi tu
    huhuhu

    • kalau tau dia ajak budak dept gi wedding dia, dah lama ai apply masuk dept tu. terus ajak nolie tukar suka sama suka #tetiba

      hensem kan gambar kat kerusi tu.
      sejuk perut mak dia ngandungkan dia (*)

  7. akak
    mmg redza minhat dh kawin

    my cousin pergi wedding dia, balik tu tunjuk2 gambar kat saya.. hanya org yang jemput saje blh pergi..
    comel sgt style kawin diorang..
    xsilap, redza n bini dia dah lama bercinta since study kat MMU..

    • aha ada officemate akak sedepartment dgn dia dijemput, siap buat entry kat blog. terus berderai seperti kaca hati ku ini.
      kenapala orang2 hensem ni kawin cepat sgt.

      akak pun ada buat research sikit nak tau siapa wife dia.
      #kepochi
      sebab dia kawin tak heboh2 pun kan.
      dia selesa camtu la kot

Comments are closed.