kelmarin aku ngan encik z dinner kat nasi ayam che tat.
being us yang memang suka sangat try tempat makan yang baru dijumpai.
lagi pula nasi ayam che tat ni dekat jer dengan jasmine.
kat rampai biz park sinun.
: : gambar gelap sebab malam dan hujan : :
: : menu : :
selain nasi ayam, ada jugak western dan char kuey teow.
kiranya kalau kau melepak bersama rakan taulan tapi ada yang tak minat nasi ayam, so ada pilihan lain jugak lah untuk dimakani. *makani? apakah?
kami suami isteri amik combo set.
RM15 ada 2 nasi. dan ayam suku. dan 2 jus.
consider murah la kot kan.
aku amik air paling mahal iaitu air tembikai laici RM3.20 he he he. alang alang amik set kan.
nasi ayam adalah super duper sedap. (Y)
kami suami isteri bersetuju nasi ayam che tat ini adalah lebih lazat dari nasi ayam mancongkam sana.
aku yang jarang habis kalau makan nasi, tapi kali ni licin boliau.
so memang sedap lah kot kan?
walaupun cili dan kicap dan salad bercampur baur, tapi sedap.
tapi tapi tapi.
apa yang tak sedapnya ialah bila masa nak bayar.
aku standby RM15.50.
50sen tu untuk air suam sebab encik z ada mintak air suam.
tup tup budak cashier tu kata RM15.90.
hoh? air suam 90 sen ko caj che tat? :-O
crazy!!!!
so kalau korang gi nasi ayam che tat, sila bawak air mineral sendiri yer.
heh! (N)
air suam + govt tax kot kak…hahahah! 😛
ah crazy crazy crazy! (@)
air suam tu gelas besar x?
kat papparich mug besar tu 60sen
tp napa 60sen? charge jelah 50sen
ek eh
gelas biasa jer di. biasa org caj dua tiga posen je kot.
kalau dia caj 50sen pun leh terima lagi. ni 90sen?
crazy!! :-[
elok2 dpt markah tinggi teros kena cantas sbb mahal mencekik air suam nye
haaisshh msk air guna cerek emas kot
cerek emas kata ko he he he..
tapi seriyus kegilaan sgt..
huishhh 90 sen ? mahal hoh :-S
mahal sangat. tak masuk di akal
Mang aiiiii…….better la bawak sendiri air mineral kalau mcm tuh…ada gov tax ke x? sok2 sure ada nyer..
combo tu RM15 takde tambahan harga pun.
so takde gov tax la kot. unless dia dah masukkan siap2 dlm harga makanan
air mineral sebotol baru 60 poseng… mahal nyo
kan? boleh minum banyak lagi kalau beli air mineral. pftt…
agaknye air tu dia tapis guna penapis ape yg mahal tu.. alaa lupe plak. bio apetah hehehe
motip sgt nak guna air bio tu kan???
kerana air suam terus begini (N)
ehh ada tak kerabu mangga kat situ? kalau ada, meh next time kita makan berdua ke sana
kerabu mangga? rasa takde kot.
aku tak penah jumpa lagi kerabu mangga terbaik seperti di nasi ayam hainam bukit bintang tu.
situ paling terbaik lah..
Akak suke nasi ayam, walau x sedap mesti licin…
Hahaha, Ada emas ke ape air suam eh….
hantu nasi ayam la ni eh.. hehe..
mungkin air kosong bervitamin agaknya. heh
tat nasi ayam kat loqstaq aku try..mmg sedapppp
satey kat situ pon sedapppp…oo ada branch kat tpt kau eh,
pasni leh ajak abgnahar pi kalau dia ngidam nasi ayam tat….
ayaq kosong mmg mahai la skang…
haah aku tengok gak ada dia tampal kain kata asalnya dari aloq setaq sana nasi ayam ni.
tapi memang sedap kan kak..
hah sila sila lah ajak encik nahar nanti.
tapi air kosong je kot. agak2 arrr…
Nasi Ayam Tat ni mmg asal dariapda Aloq Setaq.. mmg marvelosssss
tax dia yg mahal tu kak…
tapi ni bukan tax dik. ni mmg harga air kosong tu
kalau tau air suam tu 90 sen..baik order air sirap jer sis..hehe
kan??? ciss ciss ciss…
air suam 90 sen..
baik order teh tarik saje..
mahal nauuu!!!
kan? bencik 🙁