Walau Merepek Tapi Jiwa Halussss

baru baru ni aku attend sesi cambahan minda kat office aku ni ha.
dapat email dari corporate, so terus aku cam menarik jugak ni.
tanpa fikir panjang terus register.
tak pedulik pun ada geng ke takde geng.

yer aku ni sensorang je boleh redah.
kalau ada member tu, bonus la kan.
kalau dah takde, sokayy je.
takde la sepanjang masa nak berteman sesadoo..

pagi pagi alam encik z drop kat tempat kejadian iaitu sasana kijang.
sebab awal lagi so aku breakfast seorang diri.
roti bakar, milo panas & fruits.
aku pun tak paham napa roti bakar tu tiba-tiba jadi banyak.
rasanya aku mintak satu set je.
tapi habis jugak aku bedal semua.

ok artis jemputan adalah ahmad fedtri yahya tv3 tu.
ok sesi ni lebih kurang cam nak mempermantapkan lagi mutu tulisan dalam karya.
bukan mutu tulisan dalam berblogging yer.
aku pernah ler hantar 3,4 kali kot artikel kat majalah office aku ni ha.
sebab tu aku dipanggil sama untuk menambah ilmu.
gitu la kekiranya.

tetengah sesi, tetiba encik z muncul nak amik gambar.
potong tau. terus aku cam segan segan nak bersuara. puii..

pukul 10 pagi macam biasa break minum pagi.
ok jugak la dapat makan sebab pagi tadi nya kan aku makan roti jer.
kata tembolok raksaksa. harus setiap masa lapau memanjang.


: : yours truly, erin, nita : :


: : gambar kiri muka tak semenggah : :


: : with ahmad fedthri : :

kesimpulannya sesi ini adalah best.
tapi kalau dapat buat satu hari penuh lagi syok kot.
yang ni half day je.
so ilmu tu pun cam half je masuk di dalam dada.

aku ni kan, walaupun nampak je penulisan merepek dalam blog ni, tapi sebenarnya hati nurani aku ni cintakan bahasa tau.
aku suka karya yang mendalam dan tersirat.
nanti nak try tulis puisi lagi lah 🙂

8 thoughts on “Walau Merepek Tapi Jiwa Halussss

  1. tak di panggil untuk ber’join’

    huhuhu
    aii pun teringin gak
    suka gak menulis…

    tapi terpadam sbb….sob sob

    • jkk invite yg rajin hntr kt berita kijang rasanya.
      takpe pasni sila rajin2 menulis ya

  2. suka menulis jugak. tapi biasanya ilham melimpah ruah bila mode jiwa kacau.
    acaner tuh? 😛

    *psstttt..cantik bajumu kak

    • standard la tu. akak pun selalu menulis bila kesedihan.

      baju lama tuu… brapa kali diulang tayang pakai

Comments are closed.