Karachi Kat Mana Eh?

hari khamis lepas berbuka ngan encik z, pae & koko kat lanai.
motip utama adalah sebab nak bagi duit raya yang pae tukar ngan aku.
hari tu aku ada tweet tweet tanya sapa nak tukar duit, aku boleh tolong.
pae jer yang cepat jawab.
yang lain ada gak jawab tapi dah lambat bebenau, so tak dapek la.

bawak pae gi lanai jer senang takyah nak sesak sesak kat tempat lain.
aku makan nasi goreng ikan masin yang ada ayam dan telur dadar. apakah?
koko nak makan lamb shank briyani tapi sayang dah habis lah pulak.
aku paksa paksa diorang makan creme brulee dengan embun menitis.
sedap tak sedap tak? sila cakap sedap.
kalau tak, tahun depan gi tukar duit raya sendiri. eh?

tips untuk tidak mahu kelihatan gemuk ialah bergambar dengan menyengetkan badan.
koko, please take note ya.
tudung aku dari brunei. yang selepas diconvert cuma RM5 sehelai.
murah kan?? well..
baju kebaya tu plak rasanya dah lapanploh kali kot cerita kat sini.
tapi nak cerita gak.
JM yang bagi. dari chiangmai.

9 dari 10 orang yang aku jumpa mesti akan kata cantik.
pandai boss awak pilih.
oh aku merindui JM. merindui myclear. tsktsktsktksktsk…

pae bagi aku prezen buku paradise found ni.
ada gambar gambar taman dari beberapa buah negara asia.
cantik cantik oh. suka sangat. tq yayang..
eh termasuk jugak gambar gambar taman dari karachi.
terus teringat si hidia.

aku pun tanya la dorang karachi kat mana.
ok aku tau la kat pakistan, tapi cam kat celah mana.
sebab selalu pun dengar ramai jer orang pakistan kat malaysia.
so aku saspek mestilah dekat kot.

tapi lepas aku google, jauh okk pakistan ni.
dan pae, koko, encik z. airasia takde pergi karachi yer.
MAS jer ada. dan tambangnya adalah RM1760.00.
so bila kita nak pergi? eh?

7 thoughts on “Karachi Kat Mana Eh?

    • well.. mix and match katanya. walaupun..

      aterr semedang bergambo nak sembunyi belakang (. .) aku.
      mananya tak kurus..

      • hoit hoiitttt..kutuk ku. hahaha! adik kena la dok belakang..tak boleh mendahului kakak..heheh 😛
        buku tu nama saintifiknya coffee table book ^_^.
        kecoh semua mencari karachi dlm map tak jumpa2..hahah! bagi notis setahun ku kumpul duit kak. errr duit pakistan murah kan..hahah

          • errr lupa…
            embun menitis azian mazwan safwan tu memang setappppp!
            saya mesti pilih!

            eh ehh..gambar tu ada nampak kak as. hai kak as 🙂 *tetiba

Comments are closed.