Berbuka kat Restoran Chawan

Ramadhan ke 18.
2 hari berturut turut ni berbuka kat luar.
tapi kali ni adalah extra best sebab orang belanja. yeay!

dari office gerak kul 5.30petang ke bangsar sana.
sebab tempat kejadian berbuka adalah di restoran chawan.
duduk dan order dulu. kul 7.15 gi surau maghrib.
aku adalah sedih sebab surau kat bangsar village kecik gila.
cuma muat 3 orang jer untuk solat. seriyus adalah sedih ;-(

usai solat baru boleh makan dengan aman dan tenteram.
dan hidangan yang kami makan ialah :


: : eh eh ni kami tak makan. ini menu yer anak anak : :


:: teh tarik, kopi kemaman dan kopi muar : :


: : payiet makan nasi lemak rendang ayam. sambalnya adalah marveles : :


: : encik z makan set yang ada daging salai ni. tak ingat masak apa. tapi adalah sedap : :


: : aku makan nasi kerabu ayam percik : :

ko tengok warna biru nasi kerabu tu. so scary.
macam berlebihan letak pewarna plak romannya.
dan adalah tak sedap. korang jangan order. nanti kesal deh.


: : keropok lekor yang tak patut diorder : :

sebab apa tak patut diorder?
sebab harus ko dah makan berat, mesti la mengenyang secara haibatnya.
ada hati lagi nak makan keropok lekor kan?
aku benarnya nak makan ubi kayu rebus makan dengan kelapa tu, tapi manjangnya takdok. sentap.
nanti bebila nak pergi makan kat nailis lah. hurmm..

oh masa tetengah makan tu, tetiba kak don yang gorjes telah muncul.
kak don ni member aku masa sama sama kerja kat maxis.
selalu lepak sama sama dulu.
best kawan dengan dia ngan adik dia, lala.
sebab happy go lucky sentiasa.
kalau lepak tu asyik gelak la memanjang.

tapi boleh plak lupa nak amik gambar sesama.
dah punya excited jumpa pot pet pot pet.
rindu lah kat semua kawan-kawan lama masa muda muda dulu.
haishh…

eh, tq payiet sebab belanja bukak puasa ni.
murah rezeki ko yer.. 😉

24 thoughts on “Berbuka kat Restoran Chawan

  1. tak menahan tekak sy tgk kopi ais tuh…setakat hari ni sy tak penah bukak posa kat luar lagi…
    takut la tgk harga buffet sumer 80+++…cam x berbaloi jer… 🙁

    • kopi ais tu tak berapa kick kot. cam pahit terlebih2..
      hah kan.. over punya nasi kerabu. ciss..

    • ntahnya. kalau takde, bawak keluar je la dari menu tu.
      memberi harapan palsu tau. me dont like

  2. OOOooooo…. cedapppnyerrr KOPI… time ni la ade org menfollow twitter shrekk… meoww…. 😀

  3. same gak Kak,g few time nk mkn ubi kayu xpenah nyer dpt..abih memanjang…they should put a notice outside awal2 cz ade org g sana semata nk mkn ubi kayu tur..

  4. kepok lekor tu dah macam menu wajib order bila lepak Chawan, kan? (Y) hehehe~
    rendang nasi lemak tu pun (Y)
    kopi tenom pun (Y)

  5. ermmm..kalau sy n pae ke chawan, kami tak pernah miss kopok lekor tu, sedap..tp tu la 6 ketul je…kedekut betul.

  6. dear, apesal x pegi solat kat masjid saidina abu bakar tuh.. kan dekat je.. selesa lagi.. ;)..

    sesetengah shopping complex memang sambil lewa je dengan kemudahan surau.. tengok je la KLCC dulu kecik je suraunya sampai la dah kena komplen bagai, baru lah buat baru yang luas kat bawah tu..

    • sbb igtkan mmg nk cepat. sebelum azan lagi kami dh nunggu kt surau tu.
      next time mmg gi masjid la kot

Comments are closed.