Artis ke Ko Normaya?

aku ada la jugak 2,3 cerita nak update kat sini tapi taktau la rasa kemalasan membuak buak.
dah mood raya sangat kot.

ada yang dah upload gambar, tinggal nak taip cerita.
ada yang dah taip cerita, tunggu nak upload gambar.
ada jugak separuh gambar, separuh cerita.
dan ada jugak taip tajuk jer. isi kosong. hapa hapa je kan?

nanti nantilah.

atas permintaan ramai (ceh ramai la sangat) aku letak la sekeping gambar selepas ‘penghijrahan’ aku.
amboi ada yang siap suruh buat entry ala-ala Ini Kisahku versi Normaya.
artis ke ko kan normaya??
berangan sangat.

tapi tapi tapi.
kalau ada request(s)(s) boleh kot aku considerkan.
sharing is caring katanya.

tapi tapi tapi.
aku malas dah nak berjanji janji sangat dengan korang.
banyak jer janji nak buat entry begitu lah, begini lah.
tapi ujung ujung, adooo…

* * tudung tie rack 🙂 * *

ok bye.
sambung nyanyi *selamat hari raya hari yang bahagia, selamat hari raya, ampun maaf dipinta… ku kini telah kembali padamu yang menanti…

56 thoughts on “Artis ke Ko Normaya?

  1. alhamdulillah… 🙂

    comelnya akak bertudung… 🙂

    nak request la Ini Kisahku jugak… hehe insyallah boleh jadi tauladan orang lain… 🙂

  2. akak,windunyer dgn celoteh akak..lama x kesini..pasai internet kabomm..jenuh nak maraton baca blog akak ni.Alhamdulillah,dh berwajah baru akak..:)kak maya,selamat hari raya,maaf zahir batin..

  3. tudung harus tie rack eh? hehe
    alhamdullilah welcome to the club
    semoga diberkati Allah

    • so far mmg akak selesa kot dgn tie rack walaupun penat belit belit kan. tapi adalah fun sbb tercabar mencabar gitu.
      insyaAllah, tq di 🙂

    • haah ala2 shazwani hamid ngan iza pink stiletto tu la.
      ko amik yg tepi jer, pastu pin brooch,pastu lilit.
      eh susah jugak nak explain dgn kata kata ni.
      takpe sok sok kita jumpa aku ajar ecewah wpun aku pun baru belajar he he..

      • eh eh sy pun tgk kat blog shazwani hamid tuh, dia lah sbb sy pun dah pakai belit belit segala nih…

        • haah.. saya pun ala ala terbawa dgn style diorang adik beradik la.
          bezanya saya pakai tak kemas kot. lilit sesedap tekak

  4. ini kisah Normaya the sepiah… kuang kuang kuang…

    beb, happy for you.. terasa nak adiahkan ko tudung gak tp diri sendiri pun memerlukan tudung… nanti2 laa kalo aku terlebih jahit tudung, aku kasi ko selai erkk… hugsssssssssssssssssssssss ketat100x

  5. Alhamdulillah.. tp kan sebenarnya mmg ramai yg suka baca ‘kisah penghijrahan’ utk sumber inspirasi. Jadi harap2 boleh la baca ‘inilah kisahku’ kat blog ni.. *kenyit mata

    • ai pun suka jer baca cerita orang.
      cuma tu la, takut org salah faham plak.
      hurmm.. takpe akan dipertimbangkan lagi 🙂

    • alhamdulillah.. sudah sampai seru.. hati sudah terbuka.. hidayah sudah sampai.. yg penting sudah sedar diri. sebelum ni asyik lupa diri je he he he..

  6. eh apesal senyum kepit

    *hug *hug *hug..

    eerr tie rack je ke.. bawal tok sey?? hiks

    • sumpah tak reti nak senyum mcm mana bila camwhore ceni. kesian.

      bawal pun seyy jugokk..
      nanti kawe pakai, kawe letak sini..

Comments are closed.