Alhamdulillah. Rezeki.

akhir akhir ni memang rezeki aku kat blogging ni memuaskan.
ramai jugak yang sewa tapak kat blog aku ni untuk promote blogshop diorang.
ada sekali tu memang tak putus iklan dalam masa 3 bulan berturut turut.
mungkin bagi setengah orang kata berapa lah sangat RM15 tu.
tapi kalau RM15 darab 4, dah RM60 sebulan.
darab pulak 3 bulan. siapa nak bagi kan?

caj aku memang very the transparent. takde caj tersembunyi. eceh.
untuk blog personal RM10. blogshop RM15.
sticky mode 72 jam. dan banner kat sidebar selama sebulan.
senang kot nak faham kan?

tapi tapi tapi.
memandangkan traffic kat blog aku pun semenjak 2 menjak ni agak memuaskan, so kemungkinan besar caj sedia ada akan dinaikkan.
kemungkinan besar tahun depan.
mungkin kau nak kata aku ni mata duitan ke hapa, ya terserah deh.
dalam dunia sekarang, dah takde benda percuma.
semua pun menggunakan titik peluh walaupun mungkin cuma setitik peluh petani.

kalau kau gi tanya rate bloggers lain pun, aku rasa rata-rata more than RM15 per month.
lagi pula, aku kan guna dot com. so every year kena renew maa…
tak renew karang, tiba tiba kau masuk blog ni, putih kosong. hah masa tu baru nak nyesal dah tak guna. eh?

earning nuffnang pun sokayy tidak mengecewakan.
dapat BE berturut turut jugak. dan jumlah terkumpul sekarang RM288.72. yeay..
tapi taknak cash out lagi. hujung bulan november baru nak cash out boleh jadi duit belanja kat cambodia nanti, insyaAllah.

so ikut kiraan tajul muluk aku, ada lagi 18 minggu (tolak satu pengiklan) sebelum kita ke tahun 2012.
maknanya ada lagi 18 iklan yang aku boleh sumbat masuk dalam blog aku ni.
so pada siapa yang bajet tight tight, baru ada blogshop sendiri, nak aku tolong promote kan, hah boleh la roger roger aku.

macam aku pernah cakap dulu, tidak la bila kau dah iklan kat sini, hits blog kau mencanak canak.
ataupun bisnes kau boleh maju dan kaya sekelip mata.
aku tolong mana yang mampu. dan kau pun tolong la aku jugak he he he.

so aku sertakan statistic blog aku yang aku amik dari nuffnang.
statistic aku ni tak menentu. turun naik. ikut suka hati mak tiri ayah laki dia jer.
tapi yang aku boleh jamin, weekdays hari kerja insyaAllah dalam 900 unique visitors tak lari.
manakala weekend sabtu ahad plak, unique visitors dalam 500 ke atas.

kalau berminat nak iklankan blogshop atau produk, boleh roger roger aku kat myasefia@yahoo.com
kita diskusi kat sana.
dan pada yang dah pernah iklankan blog korang kat sini, terima kasih daun keladi!
dengan ucapan, taknak sewa lagi?? 😉

16 thoughts on “Alhamdulillah. Rezeki.

  1. terima kasih daun keladi!
    dengan ucapan, taknak sewa lagi??

    siap berpantun ko kak..hahaha 😛

    • tak lama lagi naik ler stats awk tu. dh keluar magazine. dah masuk blog pilihan. okey ler teww..

Comments are closed.