Akhirnya Tutti Frutti Ku Genggami

tajuk mintak pelempang betul.

ok hari yang sama aku makan kenny rogers.
lepas tu terus gerak ke tutti frutti wangsa link sana.
sudah berjanji janjian dengan amy & pae.
diorang ada urusniaga baju. aku ni cam biasalah watak tempelan.

aku yang suggest lepak kat tutti frutti.
katanya menjakun tak pernah makan kan.
asyik baca cerita orang jer. mana boleh jadi!*hentak meja
so ke sana lah kami.

oh bulan puasa nie, tutti frutti wangsa link bukak dari pukul 5 petang sampai 1 pagi.
tapi tutti frutti cawangan lain idok ler aku tau.

sib baik amy dah pernah makan sini, so kitorang follow je la apa dia buat. ekekeke..
dan hasilnya ini adalah 3 mangkuk hayun dan isi perut yang kami amik.
aku punya paling murah la la la la RM12.70. amy RM13++. pae RM18++ ngeh ngeh..

aku amik flavour mango delight, raspberry & vanilla.
pastu letak topping strawberry, kismis & jelly kecik kecik.
pastu sos coklat dan caramel.
aku amik cup sederhana besar sebab nak share dengan encik z kan.
tak dinafikan memang sedap oh tutti frutti ni.
rasa nya padat dan tak muak. tapi aku kureng sikit kot raspberry tu sebab rasa masam melampau.
takpe next time gi leh try flavour lain plak.

dapat tempat duduk mengadap cashier.
so asyik la kepochi nak tengok orang kena caj berapa ringgit.
expecially bila tengok aiskrim dorang menggunung tinggi. he he he.

saja aku letak gambar ni. supaya semua orang nampak gemuk. baru faira & square.
haruslah koko jer maintain kurus. bencik.

do you froyo?
sila rujuk pada gambarajah di bawah sebelum memulakan pembelian ya.

tengok keji diorang ni semua pun bergambar sembunyi belakang aku.
sebab konon nak dapat effect kurus la tu. ceh.

perjanjian berakhir dengan urusniaga baju & bantal sejuk bertukar tangan.
sekian.

16 thoughts on “Akhirnya Tutti Frutti Ku Genggami

  1. kakakkkkkk!! jahatnya letak gambar tu.. haiishh nyesal tak delete tau..
    mari salahkan sofa tu yg membuatkan kita sedemikian ropa..kehkehkeh
    tapi tapi tapi..
    kak amy punya paling mahal sebenarnya sbb kita punya sharing is caring kan kan kan..
    dia punya balun sdn.bhd.
    hahahha! 😛

  2. aku dah rasa lama dulu dah eskem neh..
    tapi tula, sekali tu jerla baru…tah sebila leh ripit tah…
    mmg sedap melampau! (Y)

  3. nampak menarik jer eskem tuu…sebelum beranak kena try jugak nih…
    tangkap leleh alio wa…

Comments are closed.