Welcome to Bali!

excited tak korang nak baca percutian aku ke bali?
sebab aku sexcited sangat nak cerita dengan korang semua.

ok kita mulakan.
plan nak ke bali ni sebenarnya cam agak tiba tiba.
jalan jalan matta fair. terjumpa deal ini.
kemudian pandang encik z minta simpati.
terus confirm.
aku dah bagitau kot, pakej ni RM508 per pax.

oh tentang tiket air asia. aku tak bayar apa-apa.
yer tidak hatta satu sen pun.
terima kasih pada si dia yang sponsor tiket itu.
u know who u are la kan.. 🙂

ok flight pukul 9.25 pagi.
macam biasalah 2 hours before kami laki bini dah tercongok kat lcct.
breakfast kat marrybrown dan lepas tu boarding.
perjalanan ambil masa 3 jam.
takde perbezaan masa antara KL dengan bali.
so takpayah pening pening nak tukar waktu kat jam.


: : ini senyuman seorang penjakun yang akan ke bali : :


: : sabuk pengaman = tali pinggang keledar : :


: : rambut cam harem : :

dekat airport bali ada banyak brochure cenggini.
so ko tak payah berebut rebut.
ko jalan depan ada. ko jalan belakang ada.
jadi tak reti reti nak amik?


: : toilet : :

nampak seseorang pegang kertas tulis nama aku.
so itulah dia tour guide yang akan bawak kami laki bini berjalan 4 hari 3 malam ini.
pak million namanya.
yer setelah ditranslate menjadi pak juta.
masa ni tengah tunggu lagi 2 orang sebab sama sama nak dihantar ke hotel.

sampai sampai je ko akan didatangi satu grup cewek cewek yang akan mengkalungkan kalungan bunga.
jangan ko kekwat tepis tepis plak ek.
terima je la kalungan bunga itu.

: : ceweks : :

lepas tu naik van untuk ke hotel.
kami stay kat the seminyak village resort.
pasal resort ni nanti aku story later later k..

sampai sampai kat hotel aku menggelupur lapar.
dah la tak bawak apa kudap kudapan.
hotel ni plak jalan masuk ke dalam.
takde kedai ke hapa.
aku kalau lapar ngan mengantuk memang meroyan cam perempuan gila.

sian laki aku.
dia pun gigih pi cari makanan.
akhirnya ada salad ni. salad pun salad lah. janji ada.
sebab memang dah melapar sangat.

jadi bersyukurlah normaya kerana mendapat suami yang begitu bersabar dengan perangai mengada ko itu.
kalau ko kahwin dengan orang lain, silap silap tapak kaki naik ke muka.
ok saya sayang suami saya *pelok ciyom suami ketat ketat

16 thoughts on “Welcome to Bali!

  1. akhirnya ada jugak entry Bali…dh berjanggut tuan hamba menunggu…
    sapa x cayang laki sendirik woooo… (L)

    • hahaha.. em sorry…
      ye la kang tak sayang laki sendiri, orang lain sayang lagi naya kann…

  2. Ada sapa2 nak sponsor i ke Bali??cewah..ko fikir ko siapaaaa wahai Rizz…..hehehehe…jeles la..ada org sponsor kan…bulan madu lagi Normaya dan laki eh…

  3. entri yg ku tunggu2 kak oii..berjamannnn! 😛
    dia kalungkan bunga tu free2 gitu je ke? takyah bayar?

    • hik hik hik.. berbaloi menunggu bukan?
      kalung free je takyah byr. klau suh byr harus awal2 ku tepis, he he he

Comments are closed.