Taman Tema Luar Genting Highlands

walaupun aku rajin jugak pi genting tapi last aku masuk outdoor ni uishh bapak lamanya haihh..
lama lama. memang lama.
so bila dah lama tak masuk, memang rasa menjakun juga lah.
harga masuk boleh tahan eh. boleh pitam sekejap. huhu..

kat pintu masuk nampak kuda.
hah moh naik kuda dulu caca n yaya.

hoihhh korek hidung ka ini budak?
dah la suka kentut, sekarang korek hidung plak.
jatuh la saham awak caca.
takde orang nak buat menantu.

pastu jumpa clown mintak dia buatkan belon.
yaya kekecik dulu takut dengan clown ni.
tapi lepas banyak kali di beritahu kata clown ni adalah orang, dan dia cuma mekap, baru la yaya cam berani berani sikit.

caca dapat lollipop.
yaya dapat flower.

ok jom main lagi. naik benda alah ni.
yaya mula mula semangat nak naik, caca yang taknak.
ke kaklong tak bagi ntah.
tapi bila yaya dah duduk atas tu terus muka pucat sudah.

walhal bukan tinggi pun.
tapi dia kata bontot dia ternaik naik sebab tali pinggang tu longgar.
tu yang dia kecut. takmo naik dah katanya.

pastu main anak gajah ni.
eh nama nama game semua ko jangan tanya aku.
aku tak ingat dan malas nak refer kat brochure dah.
korang pun bukan tak pernah pergi genting kan.
anak gajah ni best. boleh kontrol nak naik tinggi atau nak statik.
yaya dok tekan naik tinggi. pastu kami jerit sama-sama.
bestttt…

ini keretapi. satu keluarga boleh naik.
hazab jugak lah menunggu.
ingatkan ke pergi tengah minggu tak ramai orang, tapi nama pun cuti sekolah.

ada show karakter kartun.
ada orang orang tinggi ini jugak.
caca tengah ketakutan.

ada lagi gambar. sambung nanti ek…

10 thoughts on “Taman Tema Luar Genting Highlands

    • kalau naik ngan budak2 ok kot.. kalau ko org tua naik sorang2 mmg kepelikan dan kejanggalan..
      tapi apa salahnya.. dah bayar memahal harus dicoba semua apa..

Comments are closed.